Pages

Followers

Wednesday, November 18, 2009

Jaga Exam...

Hari ini bermulanya peperiksaan SPM...Seperti tahun-tahun yang sudah, aku menggantikan kawan-kawan yang tak dapat melaksanakan tugas menjaga exam.... Kali ini aku menggantikan seorang kawan yang akan menjalani pembedahan di kaki.... Sebenarnya aku ditawarkan menjadi ketua pengawas...tapi memandangkan aku juga ada tugas yang tak kurang penting selepas musim exam..aku terpaksa menolak.
Sebenarnya ramai yang tak suka menjaga exam...ramai yang mempunyai alasan tertentu...yerlah...cuti sekolah , ada yang nak pergi melancong., balik kampung, nak kenduri kawin dan sebagainya....Menjaga exam memang boring...apatah lagi kalau subjek yang makan masa 3 jam lamanya seperti prinsip akaun....Seni..( tak laa boring...hehehhe). Tapi bagi aku sambil jaga exam dapat jumpa rakan baru..kali ni aku dapat 4 rakan baru..dan seorang cheif exam yang not bad....( tak serius giler....maksudnya...) Aku pun bukan kaki lancong melancong..jalan sana sini...habis-habis cuti hadap anak-anak di rumah...lebih baik jaga exam. suami bukan guru, tak ada planning langsung bila cuti sekolah....
First day jaga exam...di sekolah berhampiran dengan rumah. Dapat jumpa dua tiga anak-anak kawan dan jiran yang mengambil exam...Tapi budak-budak sekarang...nampak aku buat muka tak kenal je....Kelakarnya, first day...seorang budak dengan selamba tanya jawapan peribahasa dekat aku....aku pandang je muka dia...dan senyum....Exam ni saya tak boleh bantu.. itu saja yang boleh aku katakan.
Tengah jaga exam...teringatkan Razi....macam mana dia menjawab peperiksaan...harap dia boleh menjawab dengan baik. subjek hari ni, subjek fovaret dia...BM dan sejarah...selalunya tak ada masalah. Dan tiba-tiba datang rindu dekat dia... Balik rumah aku terus suarakan hasrat...minggu ni kita pergi tengok Razi yer....( sebelum ni cadang..hari raya korban nanti...) dan yang mengembirakan suami setuju.....Horray.....!!!!
Aku dah terbayang-bayang kegembiraan Razi tengok kami datang.....

2 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

All the best Razi! dan mama Razi,, jgn r tensen2 ^..~

roslaini saad said...

Hehehe...Dekni...Hari ni jaga exam jumpa budak-budak yang nakal hilang tension...