Pages

Followers

Thursday, November 12, 2009

IMPIAN ..... Vs Panggilan Kaabah...

Aku ada impian...dah lama aku simpan impian ini..rasa-rasanya sejak aku duduk di rumahku sekarang. Dah hampir 8 tahun.... Impianku cuma, nak buat rumah dapurku supaya lebih selesa dan cantik macam dapur rumah-rumah jiran yang ku tengok. ( Bukan nak lawan pulakk...) Bagi aku dapur adalah segalanya bagi orang perempuan tambahan...I'm the only woman in the house..
Masa aku beli rumah dulu..aku cuma pasang awning untuk dapur tambahan di belakang..masa tu aku tak cukup duit. ( Sebenarnya aku silap planning....)
Waktu aku mula-mula duduk di rumah ku sekarang, aku melihat satu demi satu dapur di robohkan dan dibuat dapur baru..Memang rekaan dapur untuk rumah aku begitu kecil. Tapi ada juga suara sinis yang mengata pada aku...cukuplaa, bagi orang yang tak rajin ke dapur..!!
Mulanya aku rasa cukup selesa...tapi lama kelamaan...aku rasa cukup rimas nak ke dapur.. Dan perasaan rimas ni kadang-kadang buat aku rasa malas nak ke dapur..
Baru-baru ni aku ternampak 'sinar', untuk membina dapur yang baru.....dan kebelakangan ini aku dah mula membayang bagaimana rupa dapur baru rumahku...
Tetapi lewat kebelakangan ini impian aku bagai dikaburi dengan nada-nada sinis seorang kawan....
" Ros...yang ini wajip . Sementara masih sihat dan kuat..Dapur boleh buat kemudian......jangan nak tunggu pencen.."
Memang aku terkedu....Menung panjang aku dibuatnya.....antara kebenaran kata kawanku tadi dan impianku, aku macam terkulai ditengah-tengah.....
Sesekali menjengah ke Blog " Pengalaman di KOTA MEKAH..." memang hati meruntun untuk ke sana...tapi dah bersediakah aku...
dan tadi waktu aku naik ke kelas tingkat atas....bertembung lagi dengan kawanku ini....dan kata-katanya masih terpahat di hati...
" Sementara muda dan kuat..... pergilaa.."
Memang aku kehilangan kata-kata....

2 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ros..

bila beli rumah, kalau boleh memang nak dapur yang luas. Yang sekurang2nya boleh masuk meja makan untukm sekeluarga. Masalahnya, selalu rumah yang di bina, dapur tu mcm tempat untuk singgah je.. untuk masak air atau rebus megi! Jangan kata nak masuk meja.. nak berselisih pun kadang2 tak boleh.. Kakcik dah pun besarkan dapur rumah kakcik beberapa tahun yang lepas dengan duit pinjaman kerajaan.. sampai pencen la bayo utang nampaknya!

pakngah said...

salam ziarah... sbgmana hrapan kita utk sebuah rmh yg selesa yg semntara sifatnya di dnia... begitulh hrpnya utk sebuah rmh yg selesa yg pnuh kenikmatan yg kekal abadi di akhirat... amin

p/s imtiyaaz nano alkaline water filter pd hrg rm500 shj.