Pages

Followers

Friday, October 16, 2009

Malang betul.....

Sebenarnya sehari dua ni, aku asyik membuat batik untuk ku hadiahkan kepada seorang kawan yang akan bersara minggu depan.... Kerana dia seorang yang special pada aku so, memang aku nak bagi istemewa batik ini untuknya..... So hari ini aku habiskan masa free aku berkurung di bilik stor seni aku menyiapkan warna latar untuk batik ini. Aku ingat nak tambah lagi lilin dan warna lagi untuk batik ini...jadi aku bawa balik untuk menambah lagi lilin dan warna...Malangnya ini yang berlaku.....


Batik aku dah kena hujan........alahaiiii... silap aku tak bawa masuk ke rumah. Aku ingat nak buat terus petang tadi, tapi sebaliknya aku tidor.... Sebenarnya batik ni masih boleh diperbaiki. Tapi...larilah sikit dari warna yang ku hajati...Mmm...nak buat lain ke nak repair...aduihhhhh...ingat malam ni la nak buat dan esok hantar frame...semua dah lari dari plan.... harap-harap sempat sebelum Selasa ni.....

10 comments:

FaAtip said...

Dulu kat Cherating, Atip banyak buat batik sutera. Tapi lebih pada abstract design. Cuma masa tu, saya tak minat pakai sutera sebab malas nak melayan dan menjaganya.

umi_e said...

salam... kesiannya akak... takpe, akak boleh baiki atau buat yang lain je...

* boleh tak ajar camna nak bercanting? ;)

Kakcik Seroja said...

kalau kakcik nak tempah batik dari Ros, boleh tak? :)

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda~~

tak yah la wat lain. tu kira dah terlalu hebat laaa. hanya sifu je yg tau kecacatannya. Bravo Uda! Cune la batik tu.

roslaini saad said...

Aint...Atip tak buat batik lagi ke..kalau tak silap dulu dia ada kilang batik.

Umi_e ...kalau dekat boleh kak ros ajarkan...sebab dia memerlukan kemahiran pegang canting macam kita guna pen juga...


KAK CIK... Kalau sudi nak satu hasil tangan ros boleh....tak jadi masalah... tapi ros ni selalu tak cosistent...

Dekni...Ingat uda buat baru je...yang ni simpan dulu nanti repair...heheh, sebab repair pun cerewet juga...

Anonymous said...

jangan putus asa, cikgu!

AZNI BINTI MAT ISA said...

ok buat baru je. bagi uda buat batik ni senapas jeee,,,,heee

gemagong said...

rose saya cadangkan...

saya cadangkan....

saya cadangkan...

buat yang baru, yang tu hadiah kat saya...he2...muka tak malu...

FaAtip said...

Batik2 ni dah bertahun ditinggalkan. Kadang2 datang jugak gian dia nak menchanting. Last sekali dia buat window series, ada kawan di Washington suruh buat, and laku kat sana. Tapi tak terkejor, masa tu our class baru bermula.

Anonymous said...

jadi pelanggan tetap? bole saje, cikgu..
no problem..
nak jadi pelanggan no.1 pun bole juga.. hehe.. :-)
bila restoran tu dah officially buka, saya akan bagitau cikgu ya..