Pages

Followers

Tuesday, September 29, 2009

Semput lepas raya....

Malang bagi aku...baru saja seminggu raya aku kena sesak nafas...Mulanya aku ingat boleh bertahan tapi rupanya sakitnya terus mencengkam dada dan kepala...bukan setakat tu, aku dah mula batuk-batuk. Akhirnya, pagi ahad baru ni aku ke klinik swasta yang biasa aku kunjungi...ternyata paru-paruku dah ketat jadi aku pun terpaksalah menyedut ...( apa yer...) untuk melegakan. Dan punca sakit kepalaku mengila sekali rupanya kerana tekanan darahku dah naik 150/100....Aku diberi ubat dan dinasihatkan tidor....dan hari isnin aku diberi MC untuk berehat..... petang ahad tu, aku kena temani suami menghantar Razi balik ke Kepala Batas....nak buat camana, sakit pun kenalah ikut.....

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Ros,


kakcik pun hari ni rasa badan menggigil2, tekak perit dan batuk2 serta selsema. Dari semalam dah sedut sabutamol dr inhaler tu...

AZNI BINTI MAT ISA said...

ciannya uda..tabahkan hati seorg wanita, isteri dan ibu yang hebat ini.go go chaiyok uda!

Unknown said...

semoga cpt sembuh ye kak

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam perkenalan..
Kawan saya pun tinggal di Matang, tp kg hujung matang.Sakit lepas raya macam dah jadi lumrah pula.. semoga cepat sembuh..

Anonymous said...

terima kasih, cikgu..
you're the best too..
insyaallah saya akan buat yang terbaik..
cikgu pun jagalah diri baik-baik ya..
walaupun ni hanya pmr, tiba ia begitu penting bagi saya..
dan saya juga ingin melihat cikgu gembira apabila saya berjaya nanti..

gemagong said...

salam rose...semput dah ok ke....terlebih makan lemang ke?kawan saya cakap orang perak kalau makan lemang sorang sebatang pun tak puas...betul ke?

moga cepat sembuh

Unknown said...

Cer try makan Lingzhi. Keme dulu makan dua botol je dah ok asma keme. Padahe sebelum tu pernah nazak dua kali. Tapi makan Lingzhi ni ada reaksi vertigo jadi setengah org tak larat. Kalau nak tau keme boleh cerita lanjut. Bukan nak menjual barang, sekadar kongsi pengalaman.

roslaini saad said...

Buat semua kawan-kawan Kak cik., Dekni, cahayachenta,shaniza,amelia,aris(gemagong)dan kakak pencinta pantai.......terima kasih di atas keperihatinan... hari ni saya dah ok..tekanan darah pun dah dua hari berturut check..tidak membimbangkan... besar kemungkinan saya ni ada resdung...
Aris...saya ni bukan pengemar lemang...takut angin puss-puss...
dan untuk Kakak Pencinta Pantai..nanti saya akan cuba cari lingzhi...insyaallah dan alhamdullillah...

Unknown said...

Hehe, rasanya saya muda dua tahun dari Cikgu. Lahir 1966. SPM 1983.

Kalau nak mula makan Lingzhi, pastikan ada sediakan ubat asma dari doktor dulu. Bila makan Lingzhi, kita akan lelah, dan akan batuk2 dan terkeluarlah kesemua kahak2 yang melekat kat dada dan paru2 kita.

Saya dulu mula2 makan Lingzhi ShuangHor pada 1995. Mula dengan sepil dua dulu. Kemudian bila boleh tahan, banyakkan dos. Batuk2 tiga hari lamanya terutama ketika malam. Hingga terakhir keluar lendir berasa serbuk ikan bilis. Ada sejarahnya juga tu.

Saya teruskan makan hingga dua botol. Lepas tu ok dan tak pernah kena asma selama 7 tahun. Lepas tu kena lelah sekali. Tapi minor je sebab mencuci sawang. Saya makan balik Lingzhi Actaforce sebotol dua. Lepastu, hingga sekarang, Alhamdullilah. Tapi mungkin juga sebab saya tak pernah cuci sawang lagi. Dah ada pembantu rumah. Hehe.

Apapun, it's worth trying. Seksa sungguh masa ada asma dulu. Hingga nak pakai baju pun tak boleh. Tak larat nak angkat tangan. Inhaler sentiasa bawa kemana2. Tapi, Alhamdullilah, itu dah jadi sejarah.

roslaini saad said...

Terima kasih kepada Pencinta Pantai bersih....
SAya ingin nak cari Lingzhi..tapi jenama apa yang baik...sekarang pun masih terasa ketat kahak dalam paru-paru...tak nak keluar habis..