Pages

Followers

Friday, September 18, 2009


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...PADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA...
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEKIRA ADA TULISAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN SECARA SEDAR ATAU TIDAK SEDAR.....
Maaflaa...ini aje gambar famili yang saya jumpa...hehehe Gambar Hari Raya 2006...Puas di cari gambar Hari raya 2008...tapi tak jumpa. 2007 Raya di Bota....tak ada siapa nak tolong ambil gambar... Tahun ni tak tahulaa...( suami kurang minat bab bergambar ni.....)
Hari ni letih bebenor.....baru lepas mengemas rumah. Pagi tadi ...lari sekejap ( naik kereta laa...) pergi ke kedai berhampiran KWSP Ipoh...( apa nama kedai entah..) cari baju raya...hehehe
Plan nak jahit...tapi tiba-tiba tersilap la pulak, langsung hilang mood. Simpan lepas raya baru sambung jahit. Nasib baikla...ada juga saiz jubah (maxi ) ...happynya...sambar terus 3 helai...pejam mata je hulur RM 240.00 .... kira murahle...kalau hantar tempah..siap dengan labuci dan manik mahu dekat rm 90.00 upah saja..belum dengan kain...
Petang ni patutnya cadang nak cari baju melayu anak-anak.....dahla penat tangguh malam ni lepas maghrib. Nak beli awal....anak-anak yang ada di rumah kata nak tunggu abang balik baru beli sama-sama....okla tu. Cadangnya tempat biasalah....tiap tahun cari baju melayu kat situ...
Esuk...suami plan nak balik awal ke kampung ( balik Bota Kiri ).... itu plan dia, biasanya...tak pernah awal...ada saja yang melambatkan plan. Erm..... baju belum berkemas....anak-anak lelaki ni, kain baju dema pun...emak juga yang kena cari....
Hari Raya kedua...baru balik Matang... itupun entahlaa...tengok angin suami. Kalau mood dia baik, dapatlaa balik raya kedua... Anak-anak dok sibuk ajak balik Matang dulu, sebab sepupu-sepupu mereka biasanya dah balik raya pertama...Bila berkumpul riuh rendah...itu yang tak sabar tu...
Tahun ni... biasanya Kak Pidah dan anak-anak akan balik ( suami dah meninggal ). Kak Ani pun sejak mak mertua dia meninggal akan balik kampung dulu. Azhar juga kata nya akan balik matang, mungkin besok.....Ram...tak pasti. mungkin raya ke dua juga...balik rumah mertua dulu.Kak Gayah dan Kak Kiah pun tak pasti.....mungkin raya pertama, sebab tahun sudah raya pertama mereka tak ada...
Kak Long....erm, melalui facebook aku dapat tahu mereka nak beraya di Kuching... Kak Long memang tak pernah beraya dengan kami....sejak dulu lagi...kalau ada yang balik pun cuma anak-anak nya.
Aduhhh....happynya....Nak balik kampung......( macam budak-budak pulak ..hehehhe)

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Seronok dapat kumpul ramai2kan? Tambah2 kalau xde yang 'spoil'kn mood... Agak2 ada tak yg mengelat utk ke dapur, ya Ros?

roslaini saad said...

hahaha...biasala kak cik, bila balik ramai-ramai ada yang mengelat..kita duduk dapur, dema duduk depan tv je.. kak cik bila balik kampung..

FaAtip said...

To kak ros,

Selamat HariRaya from us, Fa & Atip. Maaf zahir dan batin jika ada yang tersilap kata. Kami sepatutnya bertolak petang tadi. Ater, kain baju pun berterabor lagi...insyaAllah pukul 3.00 pagi ni nak beransor leeee......

Selamat Hari Raya !

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda Selamat Hari Raya Aidilfitri disamping keluarga tersayang. Dekni dah mula menulis di blog. makacheh jadi folloer yg pertama. lebiu uda!

Anonymous said...

hati2 di jalan raya ya cikgu..

umi_e said...

Selamat pulang ke kampung dan semoga gembira dan ceria di hari raya...