Pages

Followers

Friday, September 25, 2009

Di pagi 1 syawal....



























Pagi satu syawal, kami beraya di Bota Kiri...rumah sebelah suamiku....Malangnya, seperti dijangka, hanya keluarga kami yang balik beraya di kampung manakala adik-adik iparku balik ke kampung sebelah suami dan isteri....

MMmmm...entahlaa aku pun tak faham sebenarnya...tahun sudah kalau tak silap aku begitu juga mereka tak balik beraya di kampung Bota..Adikku Azmi mungkin boleh dimaafkan kerana isterinya masih dalam pantang di Kelantan.... Kamariah adik iparku yang memang tinggal di kampung ini, boleh dikatakan setiap tahun beraya di Johor... ( tak boleh ke sesekali beraya di Bota...lepas sembahyang raya baliklaa ke Johor...mmm payah nak cakap hal orang ..) Zubaidah adik Ipar no 3 juga balik ke Negeri Sembilan..( mak dan bapak mertua dah tak ada....) Tahun sudah pun balik Nogori... Latif adik no 4 balik ke Kuala Kangsar...dia selalunya beraya dulu di rumahnya di Seri Iskandar....

Ibu mertua ku memang baik orangnya...tapi sesekali hiba juga bila dengar dia kata...Raya ni..rasa tak serupa raya.... apatah lagi bila dia kena melayan bapa mertuaku yang sakit dan uzur.... pun begitu dia masih sempat membakar lemang dan mengacau dodol untuk hari raya.... ahh...itulaa ibu mertuaku... Bayangkan kalau aku sekeluarga tiada.....emm sedih kan...











3 comments:

amelia said...

cikgu nampak lawa sangat.. hehe

kakcikseroja said...

Salam Ros...

masa kita esok2 tak tahu pulak mcmn kan?. Maklumlah, anak semuanya lelaki, buatnya esok tiap-tiap tahun balik beraya ke rumah sebelah isteri, sunyi le kita (kalau panjang umur)...

Rositah Ibrahim said...

Salam, selamat hari raya maaf zahir batin. Bab balik beraya kampung mana ni, rasa-rasanya jadi isu pada generasi kita je. Generasi mak ayah kita dulu tak ada hal pun. Apa-apa pun persepakatan suami isteri penting untuk menjaga kesejahteraan.