Pages

Followers

Wednesday, September 16, 2009

Geng Tekstil 1983-86...

Bila sebut pasal kawan-kawan lama...pastinya geng ini aku tak pernah lupa....Geng Tekstil..dan tentunya yang paling close ngan aku masa tu mestilah Angah ( Seri Atun ) dan Along ( Zaleha Mohammed Nor )...sebabnya mereka ni bukan saja clasmate tapi juga roomate aku masa kat Perindu dan Seroja..lepas tu kami sama-sama pindah ke Kolej Delima...
gambar : outdoor skectching kat Tasik Perdana...1983. duduk -Along
tudung putih - Angah, di belakang Solehah dan di kiri Nurul Uyun.

Along- ( kerana dia paling tua antara kami )....nampak je serius, tapi kelakar habis...tiap patah kata-katanya dalam nasihat mesti ada jokes yang mencuit hati....( kalah raja lawak )Hubungan kami berterusan, walaupun aku dah kawin, tapi bila dia dah kawin.....sedikit demi sedikit ada pemisah antara kami....aku faham sebab dia dah berkeluarga..dan ahli keluarganya ramai..sampai boleh buat mini sukan.. Along di Kuala Selangor jadi cikgu di sana selepas beberapa tahun mengajar di Felda jengka Pahang.
Angah...( tak tahu sebab apa kami panggil dia angah...hehhe) ada yang panggil dia Atun dan ada yang panggil dia Seri...Angah walaupun nampak lembut tapi tegas...antara kami dia paling lambat jadi cikgu, sebelum tu dia kerja dengan kraftangan...sekarang dah kawin dan mengajar di Alor Star. ...beberapa tahun yang lalu, aku jumpa kawan satu sekolah dengannya...dapatla aku berbual-bual melalui telefon.... Kemudian handfon aku hilang...dan hilang semua nombor yang aku ada termasuk no handfon angah....
Istimewanya Geng Tekstil ni...hampir separuh bertudung labuh...dan bila ITM haramkan pemakaian purdah...dua sahabat kami nekad berhenti...Solehah dan Nurul Uyun.. tapi dalam bertudung labuh pun ...ada yang dapat best student tekstil.....

Gambar : Yang paling kiri Noraini Manan...pernah tinggal sebilik dengan aku di Delima.. istemewanya Noraini ni...dia rajin mengemas..hingga ke meja aku pun dia kemas...dan semasa sebilik dengannya...paling tak boleh lupa Zaiton Semeon...datang menyalin pakaian kat bilik aku..masa tu dia ada show kat ITM..
Yang cuba-cuba merokok tu...Hassim...sekarang tokeh batik kat Terengganu. Adik Ipar kepada tokeh ARFA Batik....Aku jumpa beberapa tahun yang lalu di Terengganu. Kebetulan, hotel tempat aku menginap bersebelahan dengan kedai batik beliau - SEEMNOOR BATIK.
Yang bediri..Fadhil Md Isa...dia call aku tahun sudah...masa marking paper...dia pun antara yang tak pernah aku jumpa sampai sekarang...hanya tengok gambar dalam internet..
Yang tutup muka dengan fail tu Abas...dia pun sampai sekarang...tak dengar kabar berita...Kalau aku tak bertudung labuh masa tu...mungkin Abas ni jadi pak we aku...hahhahah dia macho habis.....heheheh paling aku tak lupa insident kakinya terlekat dekat lubang toilet...dalam kesian nak gelak pun ada...
Gambar ni.. jamuan di rumah Puan Fatimah..pensyarah kami. Yang paling kiri...Kamasani ( anak sedara Abas ). pun tak dengar kabar berita. Yang baju putih..Malek... dia selalu buat kelas kami kadang-kadang jadi riuh..Aku jumpa malek dalam internet juga...dia di Kuantan..kerja kat mana tak pasti. Yang angkat tangan tu Abas...sebelahnya Lokman.. Zarina ( yang pakai skaf), di belakang yang berdiri...Normala..paling akhir aku dapat kabar dia kawin..dengan pengetua sekolahnya....mmmm...lepas tu tak dengar kabar lagi. Di belakang pn Fatimah...Kak Pah, Angah dan Mek Leha...( sorang lagi yang tak dengar kabar langsung ) Yang lain-lain,,,Nani, Ramlan, Faridah Hassan dan Kak Yong Noraini. Yang terlindung dengan tangan Nani kalau tak silap Zawiah Sameon.. Boleh dikatakan kebanyakkan geng tekstil jadi cikgu...kecuali Baitul Husna ( paling kiri ) Kak Pah aku tak pasti....Baitul yang aku tahu kawin dengan Jamalullai ( ADE) pereka set tv3...lepas tu tak dengar kabar berita sampai sekarang...
Yang tak ada dalam gambar....Munirah . Sekarang dah jadi isteri Timbalan presiden Pas - Nassaruddin Md Isa ( pernah sekelas dengan aku di part one ) Mulanya ikut usrah di surau AD..kemudian berutus surat. bila ustaz ke Jordan...akhirnya kawin.
Seorang lagi...Haliza...langsung tak tahu di mana dia......
oh ya..last sekali yang aku teringat...Azhar Saimin....dia dah jadi pensyarah di UITM...
Oopps...aku hampir terlupa dengan Badariah....di mana dia sekarang..???? dan Mek Faezah....kabarnya jadi cikgu di Kelantan..

Dan hampir aku terlupa....Mat Silah.....betul ke aku dengar dia jadi pegawai polis....??????

3 comments:

secangkir madu merah said...

roslaini, seronok ye kenangkan kesah dolu dolu tu...hehehe.e..

salam lebaran dan maaf zahir batin seandainya ada terkasar bahasa..
buatmu sekeluarga..

gemagong said...

tahniah rose...saya seronok tengok gambar2 nostalgia ni...teringat gak kawan-kawan lama macam Abas, Malek dan yang lain2...banyak lagi ke gambar2 cam ni..

A.Shukri Elias said...

Selamat Hari raya, Roslaini