Pages

Followers

Tuesday, August 25, 2009

Tukang masak bulan ramdhan...

Masak ??? Heheh...sebenarnya aku dah lama juga tak masak..Nasi pun aku beli aje..( sejak periuk nasi kami rosak )...Tapi semalam, aku seronok sekali aku dapat masak untuk keluarga.....Kari ikan dan kukus ikan senangin...ermm..Periuk nasi dah beli baru sebelum Ramdhan...
Aku bukan tak suka masak....Masak menyeronokkan, tapi yang tak seronok bila bab mengemas, mencuci dan membasuh pinggan mangkuk. Sebenarnya sejak sakit lutut aku begitu tak suka berdiri lama-lama di dapur. Anak ????...mmm..dulu Faiz rajin juga menolong aku di dapur, tapi bila dah besar, dia pun dah malas. Puncanya kerana sering diejek abang-abang....Hakim dan Razi memang susah nak minta tolong ke dapur. Pinggan dia pun belum tentu dibasuh....Suami ??? Kalau dia ke dapur, anak-anak akan kehairanan....semua tertanya-tanya...Paling tak tahan soalan, sedap ke ayah masak...
Sebenarnya suami ku dibesarkan oleh emak yang terlalu rajin....sepanjang perkahwinan aku, tak pernah aku dengar emak mertuaku memanggil anak-anak minta tolong. Apatah lagi anak lelaki. ...Kalau ada pinggan kotor di sinki, dia akan berkata...tak pe...nanti mak basuh . ( Pada aku pun....tapi takle sampai hati aku pulak...). Yer..mak mertua aku akan buat semua....(sampai sekarang pun macam tu....)
Aku sebenarnya dah cuba mendidik anak-anak lelaki ku menolong ke dapur...tapi kian hari kian letih rasanya, kerana terpaksa membebel beberapa kali ...itupun belum tentu dibuat...Barangkali kalau ayah mereka rajin...mungkin anak-anak aku akan rajin...Barangkali...!!!
Dulu ada juga suamiku berungut..katanya kita ni, asyik makan kat luar....dan aku kata, tak mengapa Ros masak...abang tolong basuh pinggan......ermm..jawapannya senang je...tak mengapalah...kita makan kat luar je...hahah itulah, suamiku yang begitu sporting...!!!!
Harapnya di bulan Ramdhan ni...( kebetulan cuti sekolah ) aku dapat masak.... lagipun aku dah jemu dengan menu di pasar Ramdhan....

3 comments:

Pencinta Pantai Bersih said...

Orang tua-tua kata, kalau nak tambat suami, dengan perutnya. Maka cubalah selalu memasak untuk keluarga. Jimat dan memuaskan hati.

roslaini saad said...

Pecinta Pantai Bersih...Kita sebenarnya ada pandangan masing-masing...saya tak nafikan nak tambat hati suami dengan perutnya..tapi lelaki ni, kalau nak buat hal pandai masak macamana pun tetap buat hal...saya pun tak ada bibik,semua hal rumah saya kena uruskan..

roslaini saad said...
This comment has been removed by the author.