Pages

Followers

Wednesday, August 26, 2009

Ramdhan ke lima...

Hari ini suami kata...tak payah masak. Dia nak beli bungkus je...Mmm...barangkali dia kesian tengok aku semalam, keletihan. Memang letih betul. Sakit urat-urat kaki dan betis, bawa sampai ke tumit. Minta kecik urut...pandai juga dia, jadilah...
Semalam, Razi balik ke asrama. Dia balik awal kerana ada kelas persediaan untuk SPM. Aku sebagai emak sedih juga bila dia nak balik, apatah lagi tengah keseronokkan berpuasa bersama. Jadi awal pagi lagi aku dah ke pasar mencari ayam untuk dibuat rendang..buat bekalan Razi balik. Aku beli juga mee untuk juadah berbuka puasa. Kalau sebelumnya aku pilih ke pasaraya untuk beli ikan, semalam aku pilih untuk ke pasar basah je...Punyala susah cari parking. Puas berpusing baru dapat...Menyesal juga pergi ke situ. Kalau ke pasaraya je senang cari parking, ada troli ...ada ekon..dan tak lah kotor sangat...heheh sambil tu jamu mata...
Balik aku terus ke dapur..Razi nak naik bas pukul 1.30 tengahari. Alhamdullillah sempat pun siap....Semalam dapatlah Razi bekalan rendang, kek choklat ( beli ) ..goreng sosej, dan kurma. Jadilah, sekurang-kurang dia dapat berkongsi-kongsi dengan kawan-kawan. Macam aku duduk di asrama dulu... Tengahari lepas zohor, selepas hantar Razi naik bas, aku tidor sekejap..lega juga setelah bangun seawal 3.30 pagi, baru dapat melelapkan mata. ( Bulan puasa ..tidor pun dapat pahala sunat..)
Petang sambung balik aktiviti kat dapur...Goreng mee, masak nasi...kemudian mengemas dan mencuci apa yang patut....Penat wehh...( Chef Wan pun kalau tak ada pembantu pun mesti mengeluh ...hehhehe )
Lepas berbuka dan makan...aku siap pesan kat anak-anak....sila basuh pinggan masing-masing.......mak dah letih..( biasanya ada yang mengelat tak basuh pinggan...)
Bila menempuh keadaan macam ni...aku cukup respect orang yang rajin ke dapur....( bukan setakat suka memasak saja...) Aku pernah berbual dengan kawan-kawan bab ini..Dan aku buat kesimpulan, minat orang perempuan ni tak semua sama. Ada yang suka masak..ada yang suka menjahit, ..Yang suka masak, mereka sanggup mencuba masak apa saja resepi...dan tak pernah jemu. Kalau raya, biskut raya buat sendiri. Kalau beli rasa koman sangat. Dan yang minat menjahit, kurang minat bab memasak...tapi baju mereka jahit sendiri...Siap labuci, manik dan sebagainya...Dan yang minat dua-dua, menjahit dan memasak pun ada..
Aku..aku pilih menjahit..tak payah berdiri. heheh.... Menjahit baju sendiri lebih jimat. Upah buat baju sekarang pun mahal...lebih mahal dari kain...Kalau sedap dipakai tak mengapa juga.. Langsir kat rumah pun aku jahit sendiri. ....Cuba kalau ditempah..berapa ratus malah ribu pun ada. Dulu masa anak-anak kecil, baju raya aku jahit sendiri...tapi sekarang tak mampulaa..baju melayu teluk belanga bukan kerja mudah...anak-anak dah besar dah ada tease masing-masing...
Sebut pasal jahit...teringat baju untuk emak yang belum berjahit. Aku ingat hujung minggu ni nak balik kampung ....nak bagi dia baju kurung kedah. Dia pun suka, lagi mudah katanya..dan aku nak beli dia tudung baru....mmmm mesti dia suka. Untuk emak mertua...nanti la fikir apa nak beli, hari tu beli baju tak muat la pulakk....

No comments: