Pages

Followers

Sunday, August 23, 2009

Awal Ramdhan ..

Kecik leka main game untuk menghilangkan penat berpuasa....Kata anak-anak aku, masa lebih cepat berlalu bila main games... tahu-tahu dah time buka puasa.



Rumah jiran ku masih dalam pembinaan....entah bila nak siap. Sempat ke untuk menyambut hari raya...Macamana agaknya bila dah siap...








Ramdhan ini merupakan Ramdhan yang paling bererti bagi Azmi , adik ipar aku. ( Adik paling bongsu ) dikurniakan cahaya mata yang pertama...Anak perempuan, seperti yang diinginkan. Ini bererti aku menambah koleksi anak-anak sedara...hehehe. Anak comel ini belum diberi nama....apa agaknya nama yang akan diberikan..



On the way balik Ipoh, dapat SMS dari Hajar ( kaunselor ) dia juga baru saja selamat bersalin. Juga Baby Girl.... Sebelum puasa aku dapat sms juga dari Nini...juga baru selamat bersalin. Juga baby girl....ermm...bertambah ramai wanita di dunia ni... Tahniah buat kalian, selamat menjadi Ibu....( semua anak sulung )

2 comments:

secangkir madu merah said...

wah agaknya bulan ogos bulan perempuan... so sapa2 yg plan nak anak perempuan kena budget bersalin bulan ogos depan.. amacam? boleh cuba?

roslaini saad said...

ermm...saya memang teringin anak perempuan..tapi nak mengandung lagi tu...udah-udah le...