Pages

Followers

Thursday, July 23, 2009

TErima kasih kawan-kawan...

Hari ini kembali ke sekolah..ternyata, ramai kawan-kawan yang prihatin dan tahu aku mc semalam. Masing-masing bertanya kabar aku....dan kebanyakkan mereka tak heran bila aku dapat cuti sakit... Stress di sekolah bukan aku aje yang rasa. Boleh kata semua guru merasainya. Apatah lagi dengan faktor umor.... Ada juga yang pernah bertanya kat aku, ( bukan guru ) kalau tak stress tak bolehke...??? Aku cuma senyum je. Soalan begini dilayan pun tak guna. Mahu saja aku jawab, ya boleh....tapi mahukah kalau cikgu tu datang dan balik sekolah, macam tak ada apa-apa berlaku.....tak payah fikir tentang pelajar yang bermasalah, tak payah fikir macamana nak bagi budak berjaya, tak payah fikir macamana nak habiskan sukatan., tak payah fikir macamana nak bagi budak faham ...Tak payah fikir kalau budak tak buat kerja...Cuba bayangkan kalau semua cikgu, ada prinsip...lantak ko laa....janji gaji aku jalan. Rasanya hancur sistem pendidikan.

Dan hari ini beban guru bertambah. Minggu depan je, ada pemantauan ISO. Fail Panitia aku masih belum ditengok. Minit mesyuarat, pertama kedua ketiga...dah buat tapi belum dicetak. Dan entah apa lagi cekadak..yang disuruh masuk ke dalam fail..Benda yang paling aku benci sekali. Aku sendiri tak faham kenapa benda ni penting sangat, sebab bagi aku fail cantik , tip top pun kalau cikgu tak buat kerja mengajar tak guna juga. Macam aku tulis tadi...cikgu datang dan balik..kemas fail...boleh ke budak berjaya ????? Perancangan memang penting dan memastikan perancangan dilaksanakan juga penting...tapi perluke ISO. Yang lebih menyakitkan hati, tiap kali cikgu-cikgu sibuk dengan pentaksiran kerja kursus, nak menyiapkan soalan trial dan sebagainya, masa tulah...mereka sibuk nak memantau.

Awal tahun ni...sekumpulan pegawai dari PPD datang ke sekolah . diketuai oleh seorang pegawai bekas guru sekolah ini. Seorang darinya kawan sama-sama aku belajar di UPSI...tujuan mereka tentulah memantau....tapi yang aku dan kawan-kawan setugas nak gelak.. sampaikan titik, koma dalam minit mesyuarat pun nak ditegur...Kebanyakkan benda-benda remeh...Kenapa pegawai-pegawai ini datang tak membantu memberi cadangan meningkatkan prestasi pelajar. Mereka datang dan buat bengkel untuk pelajar....itu kan membantu namanya. Kalau sekadar mencari salah tak ada gunanya...Yang cantik tetap fail, tapi prestasi budak /pelajar masih sama.
Walau apa pun bagi aku, jadi cikgu bukan sekadar mengajar, tapi perlu segalanya..mendidik, menegur, menjadi kawan, menjadi ibu (kalau perlu)..membimbing, membantu. Jadi cikgu memang senang kalau sekadar datang pagi dan balik pada petangnya...tanpa apa-apa perasaan..Tapi perlu ingat, di sekolah kita, kita mengajar anak-anak orang menjadi manusia tapi di sekolah anak-anak kita guru mereka yang mendidik anak-anak kita....dan yang selalu aku semat dalam hati, bagaimana aku mendidik anak -anak orang, biarlah begitu juga cikgu-cikgu anak-anak aku mendidik anak-anak aku supaya menjadi manusia yang berjaya...sebab aku sendiri tak mampu membawa semua peranan ini sekali gus...sebagai guru dan sebagai ibu.
Dan bagi orang yang bukan guru, cuba bayangkan kita membela, membesar anak-anak di rumah...cuma dua, tiga,empat atau lebih....tapi di sekolah kita mendidik anak orang..40, 45 dan paling kurang pun mungkin 25 orang...satu kelas...Dan kalau kita kena masuk 6 kelas...kiralah berapa yang kita kena hadapi...Kalau dengan anak-anak di rumah pun kita pening kepala dengan pelbagai masalah...inikan pula berdepan dengan pelajar-pelajar yang ramai..
Dan bagi yang suka mengatakan kerja cikgu senang ( macam kak pidah aku selalu kata...) cubalah mengajar anak-anak sendiri dulu ....dan kita akan tahu bagaimana...
Untuk semua guru....Teruskan perjuangan anda...

1 comment:

Mohamad Aris said...

tahniah...pengorbanan saorang guru memang besar...tanpa bimbingannya kita tak jadi orang...dulu masa jadi murid tak taupun betapa beratnya tanggungjawab saorang guru...bila dah jadi bapak ni baru tau..