Pages

Followers

Saturday, July 25, 2009

...internet punya hal...

Aku mula belajar mengenali internet, bila aku menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di UPSI pada tahun 2004. Masa tu internet memang perlu kerana banyak assigment memerlukan kita membuka internet untuk mendapat bahan rujukan. Waktu tu, aku hanya membuka internet hanya sekadar untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Adakalanya berminggu internet tak dilayari...
Dari sehari ke sehari, aku mula mempelajari bagaimana untuk membuat email. Menulis dan membalas email kepada professor di UPSI macam satu keperluan untuk bertanya soalan-soalan yang dimushkilkan. Dr Rajendran antara pensyarah yang rajin membalas soalan-soalan melalui email. Tapi jangan En Jo ( Sekarang dah DR. Johari )..saya tak sempat buka email..kata dialaa...
Kemudian aku mula mempelajari dari anak aku membuka Yahoo Masengger....seronok habis aku...Bila boring buat assingment dan tesis, mulalah aku masuk chat room....Dan biasanya bila malam, untuk hilang mengantuk aku akan chatting dulu...Tapi chating ni bahaya...kadang-kadang melekakan...
Memang ramai kenalan yang aku dapat waktu tu...kebetulan masa tu, suami bertugas di Seberang Prai., memang aku tak ada kawan nak bersembang. Anak-anak pun masih kecil. Razi baru tingkatan 1. Dan aku akui kebanyakkan rakan sembang maya aku adalah lelaki...aku try juga mendapatkan rakan perempuan tapi kebanyakkannya tak berminat...entah apa pasal.
Satu perkara yang aku lakukan bila bersembang, aku tak pernah tipu umur aku...Yang herannya, budak-budak muda pun boleh melabun dengan aku...tapi jangan budak dari Kelantan..( maaf ye...) mereka kata aku macam-macam...seolah-olah aku duduk dalam internet ini untuk menggatal...( otak sempit...) Sebenarnya, kebanyakkan rakan-rakan maya yang berbual dengan aku adalah mereka yang mempunyai masalah dalam hidup...yang tak mungkin dikongsi dengan kawan-kawan biasa. ( Ego lelaki kan...) dan aku cuma jadi teman mendengar luahan-luahan hati dan pelbagai masalah...tapi tak dinafikan memang ada yang nak menggatal...Orang-orang begini kita akan kenal di awal perbualan lagi...bila dia start tanya saiz...kita dah boleh agak. Orang-orang begini memang ada tujuan untuk menggarut....dan untuk orang sebegini senang saja, jangan dijawab. Lama kelamaan dia akan faham.
Antara ramai rakan-rakan siber aku ini ada tiga orang yang menarik perhatian aku dengan kisah mereka. Seorang pesara kerajaan dari Kelantan, dan dua dari Melaka. Pesara kerajaan ini aku kenal sebelum dia bersara lagi, mengetuai sebuah jabatan. Bukan saja berpangkat, malah minat bisnes. Kalau ikutkan ceritanya memang dia orang yang berduit...Isteri ada dua. Dan di sinilah punca masalahnya...Tapi tahun sudah, isteri pertamanya dah minta cerai. Mahu tak mahu dia terpaksa menceraikannya...( dah pencen waktu tu ..) dan hari ini setelah lama tak sms, dia memberitahu, ex wife nya dah kawin lain. ..anak-anak dah kembali kepadanya....dan yang menjadi lebih menarik ex wifenya kawin dengan suami orang..(dulu dia menentang keras bila suaminya kawin lain...)Aku cuma balas balik sms dan menulis, doakan saja semoga dia bahagia...
Seorang lagi kenalan, dari Melaka. Aku panggil Pak cik aje....juga ada masalah rumahtangga.. Yang menarik tentang pak cik...di awal perkenalan, aku tak tahu dia ada masalah...dia begitu suka bercerita tentang anak-anak...urusan mengurus anak hingga satu hari aku bertanya..mana isterinya. Rupanya isterinya dah suka dengan orang lain...Aku tak tahu apa masalah mereka sebenarnya. Tapi akhirnya, mereka juga bercerai secara baik...Dan terbaru aku dapat sms dari Pak Cik...dia dah nikah. Nikah dengan janda...alhamdullillah...semoga dia bahagia.
Dan seorang lagi aku kenal di malam bulan puasa...aku nak siapkan assigment takut tertidor kerana nak bersahur lalu buka laman sembang....Kawan ni aku jumpa tengah malam je...kerana dia tokeh restoran..ikan bakar kat Melaka. Seorang usahawan, ada 6 restoran ikan bakar...dan ada kedai kraf di Bandar Hilir...masa tu isterinya sedang mengandung anak sulung mereka...sebab dia di laman siber, tak payah aku cerita,..lepas tu aku tak dapat contak dia lagi...dah berapa anak dia pun aku tak tahu...tapi satu hari aku jumpa namanya dalam senarai ketua pemuda umno Melaka...dah jadi orang politik dia.
Sebenarnya banyak lagi orang yang aku temui...dan pelbagai masalah dan kisah yang aku dengar...yang kadang-kadang membuat aku insaf......cuma alhamdullillah, suami ku bukan jenis kaki cemburu...hehhe. Dan aku selalu katakan padanya,...kalau nak buat jahat tak semestinya melalui internet...di luar pun boleh, kalau niat tu ada....dan selalunya kisah-kisah ini aku kongsi bersama dengannya... Apa-apa pun setiap manusia ada masalah masing-masing, dan mereka cuba mencari cara untuk melepaskan tekanan dalam kepala....kalau kita sekadar sebagai pendengar boleh membantu apalah salahnya....kita tak rugi apa-apa pun...dan moga ini boleh dijadikan sebagai amal jariah kita di dunia....
Tapi sekarang...minat untuk berchating memang dah kurang...mungkin faktor umor aku yang kian tua...hahahha...kemungkinan juga kerana aku dah tak jumpa kawan yang ngam untuk berbual...sesuai dengan usia. Sebaliknya, sekarang aku dah mula membuka blog-blog yang ada di dalam internet....Ia umpama buku yang tak ada sempadan akhir...kian dibaca kian melekakan.
Dan aku juga pernah mencuba , belajar bagaimana mendapat pendapatan melalui internet...tapi ternyata, aku bukan jenis yang sabar...Komitment mesti tinggi, dan kita mesti rajin...
Apa-apa pun aku berterima kasih dengan orang yang mencipta internet...sekurang-kurangnya, aku dapat bertemu dengan rakan sekolah yang terpisah hampir 30 tahun, semuanya melalui internet...

1 comment:

amelia said...

blog sebenarnya bagaikan perjalanan hidup kita.. macam diari. heheh..
saya mula belajar pasal internet, komputer semua ni sejak berumur 7 tahun lagi.. itupun, belajar dari ayah dan abang-abang saya.. hehe..