Pages

Followers

Wednesday, June 24, 2009

.....Letihlaaa camni.....

Hari ni hari Rabu...macam biasalah..hari rabu hari contact time. ... Bab yang paling boring sekali bagi aku....Kalau ada benda yang padat dan berisi untuk dibincangkan ok juga....tapi kalau sekadar nak mengisi ruang masa dengan pelbagai leteran pengetua..itu yang aku tak suka sangat....
Dan hari ni, ada satu bab lagi yang buat aku dan semua guru pening kepala.....semuanya berkaitan dengan fail ko-kurikulum...fail kelab dan persatuan. Semuanya gara-gara pemantauan dari pihak jpn dan ppd....entah aku pun tak fahamla...di saat guru-guru sibuk dengan kerja kursus dan pentaksiran, masa tulah...pihak nazir, jpn, ppd dan entah siapa lagi sibuk datang nak memantau....itu belum lagi pemantauan ISO...yang hanya untuk mencantikkan fail.
Agenda penting contact time kali ni ...adalah menyuruh semua guru kemaskini fail...Yang buat kami semua mengeluh, bila diminta mengemaskini dari tahun 2006,2007,2008 dan tentulah 2009..... Oh Tuhan,....bukan kerja mudah ni... Rasionalnya, untuk memberi markah ko-kurikulum pada pelajar tingkatan 5, hujung tahun ni. Begitu juga, budak tingkatan 4 tahun depan...
Yang menyusahkannya bukan kerana apa .....kerana budak-budak ni bukannya minat berpersatuan pun. Banyak perkara, guru kena cover line, ...terutama tentang kehadiran,...Aku akui ada sekolah tak ada masalah dalam bab persatuan, kelab dan unit beruniform....tapi tidak sekolah aku.....nama saja sekolah tengah bandar. Mula dulu aku ingat budak kelab aku aje...tapi rupanya hampir semua....Pernah dulu aku bagi budak tingkatan 6 yang handle persatuan...rupanya sama juga..Aku juga yang kena kemaskini fail. Aduhhh...
Balik dari sekolah tadi dah hampir pukul 3.30ptg...semua guru keluar bilik mesyuarat dengan muka moyok...aku pula keluar kelaparan.....kerana melayan budak-budak tingkatan 4 mengecat, aku tak sempat nak makan dulu sebelum pergi meeting...Balik rumah lepas sembahyang, terus tidor.....hanya Tuhan yang tahu, betapa lega dapat tidor....hehehe
Entahlah.....aku tak faham, kenapa ada suara mengata kerja jadi guru senang.....kalau senang, tentulah...kepala tak berserabut macam nii....Esuk ..first thing kena cari fail kelab aku dulu....kemudian baru mengadap budak tingkatan 5 yang belum siap kerja kursus....Ini pun satu hal lagi.... hujung bulan ni, dah mula nak mengumpul kerja kursus....
Doa aku cuma satu..Allah kurniakahlah aku kesihatan yang baik agar aku dapat menghadapi semua ni...dan Allah permudahkan semua urusan aku untuk kebaikan anak-anak didik aku.....Hanya Allah saja yang tahu niat aku...Keikhlasan aku dan betapa aku mengharapkan kejayaan anak-anak didik aku....AMIN.

No comments: