Pages

Followers

Tuesday, June 23, 2009

...Berakhir sebuah penantian....

Kalau hari ini aku boleh menjerit, memang akulah orangnya yang akan menjerit kerana terlalu gembira...penantian aku akhirnya bertemu titik akhir....Akhirnya aku dapat juga gred DG44...Oh Tuhan, hanya padamu aku panjat kesyukuran...Dan paling menambah kegembiraan aku kerana tahun ni juga aku dapat Anugerah Perkhidmatan cemerlang setelah 19 tahun berkhidmat....

Memang aku layak merasa gembira...kerana inilah yang dapat menebus maruah aku sebagai seorang guru yang berkeliber. Memang bagi setengah orang ..(barangkali..) ada apa dengan gred, dan ada apa dengan anugerah....tapi bagi aku ini penting sekali kerana..inilah semangat aku dan motivasi aku yang hampir hilang. Melihat arus masa berlalu, menyaksikan seorang demi seorang rakan setugas mendapat apa yang sepatutnya..membuat aku hilang keyakinan diri . Membuat aku tercari-cari di mana silapnya....apatah lagi, seorang demi seorang rakan yang lebih muda dalam perguruan naik meninggalkan aku di belakang.

Memang adakalanya..aku melihat perjalanan hidup ini tidak adil.....aku terpaksa menunggu hampir 19 tahun untuk diberi pengikhtirafan sebagai guru cemerlang...sedangkan aku melihat diri aku sendiri tak jauh berbeza dengan guru-guru yang lain. Malah kadang-kala aku rasa aku lebih terbeban dengan tugas-tugas yang tak boleh dilaksanakan oleh guru-guru lain....

Tapi inilah yang dinamakan kehidupan...Yang Adil tu hak Allah...dan kita sebagai manusia sebenarnya tak boleh berlaku adil...dan kerana kecewa dengan keputusan manusia...menjadi sebab untuk memohon biasiswa pada tahun 2003 untuk sambung belajar....Aduhhh...siapa sangka, sekali memohon je aku layak dapat biasiswa untuk buat sarjana...dengan cuti bergaji penuh bebbb..... barangkali kalau Allah tak beri rasa kecewa tu....aku tak sambung belajar. Kerana sebelum tu tak terlintas pun aku nak belajar lagi.....

Memang dapat belajar dengan cuti bergaji penuh...memang saat yang begitu menyeronokkan. Semangat aku yang hampir luntur, hidup semula....24 bulan bergaji penuh, bukan aje dapat sarjana, malah aku dapat belajar menjahit, dapat buat kebun pisang...dapat berkenal dengan jiran tertangga.....dapat kawan-kawan baru dari seluruh malaysia.. Shidah dari Negeri Sembilan, Jah dari Kedah, Suhana ( surirumah ) yang bersemangat kental...Kak Dip..dari selangor. Halijah dari Kuala Kangsar. Dan..Kak Yas dari IPG perlis...ahh ramai lagi...

Malangnya keghairahan ku mendapatkan ijazah sarjana, membuat aku leka dengan PTK..memang aku tak kisah langsung pun. Bila sampai time exam , aku pergi.... Dan realitinya baru aku rasa bila kembali ke sekolah. Dasar Perkhidmatan di Malaysia rupanya lebih memandang PTK....Ijazah Sarjana rupanya hanya segulung kertas, tak ada nilainya dalam sistem perkhidmatan pendidikan....( harapnya satu hari nanti....)Tapi tamparannya lebih terasa baru-baru ni...bila aku dapat tahu, ada kawan yang dilantik tahun 2000 dah dapat dg44. Dan lebih rasa tertekan...ada pula guru yang jauh lebih muda dah dapat memangku dg44 hanya kerana dilantik guru tingkatan 6...

Memang adakala aku rasa nak marah dengan sistem yang sedang kita lalui sekarang...tetapi siapalah aku, Adik menteri, ??? Anak menteri..??? Kalau aku diberi kuasa laa...benda pertama aku nak hapuskan...apa lagi kalau bukan PTK...hahaha.

Lupakanlah.....apa lebihnya guru yang dapat 4,4 dalam PTK..kemudian terus melompat tangga gaji....kalau kerja betul-betul excellent..oklah...ini...ada yang berkerja sambil lewa.. ADa ke yang rajin buat kelas tambahan...???????? cubala..buat survey...

Yang rajin buat tuisyen adalah.....

Memang orang boleh kata ini semua persoalan rezeki .....dan aku yakin Allah Maha Adil dalam persoalan rezeki ini....cuma sebagai umatNya, kita perlu bersabar dan terus yakin....redha dengan ketentuanNya.....

2 comments:

A.Shukri Elias said...

Tahniah Roslaini.
Ketahuilah bahawa pekerjaan sebagai Guru itu adalah pekerjaan yang paling mulia..

gemagong said...

Tahniah