Pages

Followers

Friday, January 23, 2009

nyaris kantoi.....

Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai guru. Dan hari ini aku nyaris kantoi diserang oleh seorang ibu pelajar.....semuanya gara-gara aku nak mengajar dengan betul...dan menegur masalah disiplin pelajar....

Aku marah pelajar ini kerana memakai maskara ke sekolah...setelah tu aku tegur dia kerana lain ditunjuk lain yang dibuat. Suara aku memang kuat. Kadang-kadang membuat pelajar sangka aku tengah marah gile..... bila aku berjalan ke depan, melihat kerja pelajar lain, seorang pelajar memberi tahu aku pelajar tadi menangis...aku terus berleter. Buat apa menangis, baru ditegur begitu dah nak menangiss......
Habis kelas, terus waktu recess. Aku diberitahu seorang pelajar, pelajar ku tegur tadi nak lari balik ke rumah...Aku terus menunggu tepi tingkap menghadap pagar, takut apa diberitahu memang betul. Rupa sebaliknya, ibunya yang datang. Kata ibunya...dia talipon bagi tahu dipukul oleh guru. Apa lagi naik angin la aku.....
Tapi nasib baik,beberapa orang pelajar kelas tadi masih ada. Mereka menjadi saksi aku tak melakukan apa-apa. kecuali marah dan menegur. Nasib baik lepas tu PK koko datang menyelamatkan keadaan. Ibu pelajar dan anaknya dibawa ke pejabat. Aku terus ke kantin....tak senang perut aku dibuatnya, takut pelajar tadi membuat cerita lain dan ibunya terpengaruh.
Siapa tahu esuk-esuk dia buat repot polis kata aku pukul anaknya hingga lebam berdarah....aduhiii

Lepas habis waktu rehat...aku balik ke bilikku buat buku rekod. Kebetulan lalu pulak rakanku yang jadi guru disiplin.....so aku minta kepastian kes aku tadi.

Kata kawanku...pelajar tadi ada brain tumor....tapi ibunya tak nak bagi tahu takut guru-guru mengasingkan anaknya. Bila aku marah tadi dia hilang pertimbangan...emosi tak dapat dikawal...
begitula lebih kurang....tapi aku yang kantoi..

Lepas ni nampaknya aku kena lebih berhati-hati...takut lebih ramai yang ada " brain tumor"..tak pasal-pasal nanti muka aku masuk front page..suratkhabar tempatan...: Cikgu Pukul Anak Murid ada Brain Tumor "....aduihhhhh...parah!!!!!

No comments: