Pages

Followers

Friday, March 25, 2011

KECEWA....TERJUN BUNUH DIRI ?????

Tingkatan 5 sc 2 - 1980
     Aku baru saja baca dari beberapa blog...seorang remaja yang cuba nak bunuh diri ...kerana kecewa. Cuma yang tak jelas....kecewa kerana cinta atau kecewa kerana result spm tak bagus....


     Sebenarnya memang aku nak menulis bab kecewa dan gagal.... Bila time keluar result  ni ,aku sering terkenang... nasib aku dulu bila dapat result spm....Result aku taklah teruk...dapat gred dua...tapi BM aku buat slek...entah camana aku dapat 8. ..aku agak...over confident atau salah tajuk...Padahal sebelumnya aku tak pernah kantoi kertas BM.... Kesannya...aku tak dapat naik tingkatan 6 dan tak dapat mohon mana-mana IPT sebab semuanya nak kepujian BM.......kemudian aku ambil kertas julai...barulah dapat 3...
    Tapi sebenarnya apa aku nak tulis.... sikap abah aku masa tu...( untuk peringatan pada aku masa-masa akan datang..) Langsung tak bagi semangat....malah menunjukkan kecewa yang tersangatnya pada aku... Aku tahu abah mahu aku dapat gred 1. ..selepas aku dapat keputusan cemerlang dalam SRP.  Zaman tu mana ada program cemerlang macam kat sekolah sekarang... semua kena usaha sendiri. Aku tahu kenapa aku gagal... sebab aku salah pilih jurusan... sepatutnya aku ambil Sastera...kerana minat aku pada sastera, sejarah dan Lukisan.... Itu pun nasib, aku drop fizik dan ambil Lukisan ( sekarang P seni Visual )... dan rezeki aku hari ni aku jadi guru PSV. Memang ternyata... aliran ini tetap untuk aku. Bayangkan masa tu... aku boleh ingat semua cerpen dalam Jejak Langkah teks sastera masa tu.. dan boleh ingat penulisnya....

                  Bukan saja abah... Kak Long aku pun pandang rendah pada aku... tambahan masa tu anak sedara dia dapat gred 1 dan dapat ke luar negeri... aku ni langsung tak ditanya....So bayangkanlaa...betapa kecewa bergandanya aku masa tu..... Kakak yang lain semuanya baru nak bina hidup...semua baru kahwin..susah laa aku nak minta tolong...
      Sebab tu... hari ni.. aku sentiasa ingatkan pada pelajar aku... betapa sakitnya bila kecewa dalam exam...semua orang pandang rendah... Dan sebab itu juga aku sentiasa nak tolong pelajar...jangan mereka gagal.... sebab gagal tu nampak mudah... tapi kesannya begitu sakit..

      Kecewa cinta....ooooo... lagilah sakit....tak mau ingat dah.......!!!!! !!
Memang ada orang kata bodoh... bila ada remaja nak bunuh diri bila kecewa.... tapi kita yang dewasa di mana...??? adakah kita bagi support atau kita menambahkan perit yang ada.....kita tambah lagi kata-kata hina nista.... kita tak bagi pun sokongan moral...

     P/s :  Masa aku kecewa cinta...aku tak fikir nak bunuh diri...tapi aku lari masuk Arqam...haahaahah terkejut habis adik beradik aku... Aku menghilangkan diri...tahu-tahu ada dalam perkampungan Arqam. Kelam kabut abah dan emak aku datang KL...bawa aku balik.....................

4 comments:

Anonymous said...

Salam Pn Ros,

Wahh.. putus cinta lari masuk Arqam. Kelakar betullah.Saya tak pernah putus cinta cuma tak sempat bercinta, tak dapat bercinta dan akhirnya bercinta jua he he.. jadi tak taulah camno orang putus cinta ni.

Tapi bagi orang islamla kalau bunuh diri atas sebab apa pun sesal tak sudahlah di hari pembalasan nanti. Tapi cam kes perempuan umur 17 tahun ke yg kat Palestin tu yang ikat badan dengan bom (Tak silap namanya Masirah - dalam album M. nasir tu, he he peminat M. Nasir rupanya aku ni) dan meletupkan dirinya ditengah orang2 Yahudi,tu kes lain skit. Ada juga saya baca pendapat membolehkan kerana hanya itu saja cara nak mendekati musuh serta mengalahkannya.Tak taulah pulak saya tentang hukum di tahap ini. Allahualam..

Wassalam.

Mountain Climber.

hani@debumelukut said...

Ros,
semoga anak cucu kita tidak tergolong dalam golongan yg sesat begitu.

al-lavendari said...

Kecewa cinta....ooooo... lagilah sakit....tak mau ingat dah.......!!!!! !!
Memang ada orang kata bodoh... bila ada remaja nak bunuh diri bila kecewa.... tapi kita yang dewasa di mana...??? adakah kita bagi support atau kita menambahkan perit yang ada.....kita tambah lagi kata-kata hina nista.... kita tak bagi pun sokongan moral

SAYA SUKA DENGAN TULISAN DI ATAS. IA AKAN SAYA JADIKAN PANDUAN KERANA MASIH ADA LAGI ANAK2 KECIL DAN REMAJA YANG PERLU DITADBIRKAN.

Insan Marhaen said...

IM - 5 sc 3 - 1977