Pages

Followers

Sunday, February 20, 2011

" Ambil pisau potonglah leher ni..."

    Kebelakangan ni, aku selalu teringat kata-kata Kak Pah... adik ipar Kak Pidah aku ( adik kepada arwah abang ipar Abang Dollah...)  " Ros...ambil pisau potonglah leher ni....."  Kata-kata ni keluar bukan kerana putus cinta atau dikejar along ( hutang ) tapi sebab tak tahan dengan batuk yang tak henti-henti..... Kata-kata ni memang lucu, tapi bila kita dah kena baru tahu kenapa....

   Rasanya hampir 5 hari aku diserang batuk yang tak henti ini... Kalau batuk biasa-biasa ni aku rasa ok lagi... tapi batuk sampai nak terkencing ni yang buat aku tak tahan.... dan bila malam... tidur pun tak lena, diganggu dengan batuk yang tak henti..... Dah berbagai petua dicuba., tapi nampaknya belum berkurangan. Semalam aku dah pergi jumpa untuk mendapatkan antibiotik.... dan rupanya aku juga demam.....( sendiri demam pun tak tau....) Padanlah, sakit kepala beberapa hari sudah. Aku cuma ingat darah tinggi naik lagi....
    Masa jumpa doktor..Doktor tu tanya aku , ada makan limau tak masa musim Chinese New Year.. dah tentulaaa.. kerana aku memang suka buah limau.  Doktor kata, selepas musim tahun baru Cina memang ramai yang kena batuk kerana makan limau ( yang diimport ) dan kesannya dua minggu selepas itu...
    ERmmm... aku pun fikir logiknya... boleh jadi juga, sebab buah limau ini mungkin dibubuh satu bahan kimikal untuk jadi dia segar dan tahan lama... untuk diekspot. Dan tentu dah dibubuh sesuatu untuk dia masak serentak pada musim Raya Cina. Kenapa lepas seminggu raya cina pula kesannya....??? boleh jadi kerana kalau kesannya cepat... tak siapa beli buah limau ni....sebab semua dah batuk.

     Jadi tahun depan kena beringat-ingatlaa bila nak makan buah limau ni... sendiri mau ingat maaa....

2 comments:

uncle gedek said...

saya kalau sekali batuk, boleh berlanjutan sampai sebulan.... pernah dengar?

azieazah said...

Saya pun pernah kena macam GEDEK! tu, batuk sampai sebulan.

Memang tak suka. Demam masih boleh tahan lagi, tapi kalu batuk, memang jadi marah dibuatnya.

Asyik kena minum air suam jerrr sampai naik kembung.

Moga segera sembuh.