Pages

Followers

Wednesday, December 8, 2010

Pra tayang filem "Hantu Mak Limah Balik Rumah" di Hari Jadi ke 47....


Kalau nak jadi rezeki, orang kata bukan kata dapat benda makan....tapi kalau dipelawa menonton filem baru belum ditonton orang pun kira rezekilaa tu.........
Itulah halnya aku baru ni...kena pula tarikhnya pada hari lahir aku 5 Disember 2010...macam hadiah hari lahir laaa tu....

Peluang tak datang selalu....rezeki tak datang bergolek... tapi kali ni, nak berdepan muka dengan pelakon, penyanyi Awie...heheheheh tentu laa tak lepaskan peluang..
Filem " HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH..".....bunyinya macam tak ada apa-apa..... tapi penuh unsur kelucuan, sindiran, teguran dan....ada juga unsur suspen... Si Kecik aku siap menyorok celah ketiak, bila ada scene yang suspen....Ada juga babak yang buat aku sendiri terkejut...hehhehehe ( unsur seram laaa tu...) dan ada babak buat semua penonton pecah perut.....aku pun...
First time jumpa Awie secara life.....Tak dinafikan.. dia ada aura seorang bintang,...aku tumpang tui...cari aura...hehehheheh . Awie jadi hero dalam filem ni. Kalau dibandingkan lakonan Awie dalam Sembilu ( filem pertama dia kalau tak silap..) dengan filem ini, memang jauh berbeza.....Ada ketika jadi kelakar...ada ketika jadi serious....ada ketika jadi macho.....
Ambil kesempatan juga bergambar dengan Delimawati...yang memegang watak Kak Limah.....walaupun tak ada dailog panjang.... Kalau tak ada watak ni, tak ada cerita.....Aku kalau nampak dia, mesti ingat drama Rombongan Che Kiah....

Awie....padanlaa adalah perempuan cair tengok dia...handsome juga....
Isteri Mamat Khalid, Intan... yang menjadi kenalan aku tahun ni, gara-gara membeli detox patch..... Sebelum ini , dia menjemput aku untuk menonton filem Estet, tapi malangnya aku tak dapat pergi, kerana bertembung dengan jamuan Pusat sumber.....alahai melepas nak jumpa Farid Kamil...hehhehehhe
Pengarah filem...Mamat Khalid. Adik kepada pelukis tersohor Dato Lat....sama-sama berbakat dalam bidang masing-masing... Mamat juga adalah ex studen Raja Chulan.....

Anak-anak yatim yang diraikan...ada juga yang tak pernah pergi panggong menonton filem...
Mesti mereka juga teruja....
Barisan pelakon bersama anak-anak yatim.....entah macam mana , baru aku perasan, masa tangkap gambar ni, aku mengalahkan photografer professional ....hahahha sebab aku dapat ambil shoot dari depan... Sebab , lepas tayangan ada sidang akhbar, memang ramai photografer, dan wartawan... Aku cuma cam sorang je...Roslin dari Harian Metro....Mulanya ingat nak tumpang dengar sidang akhbar...tapi sebab bawa anak-anak dan dah waktu maghrib....jadi aku balik je....

1 comment:

kakcik said...

Lain pulak rupa Delimawati tu!
:)