Pages

Followers

Thursday, December 30, 2010

Bermula sudah ...sessi tahun 2011

 Hari ini bermula sudah mesyuarat guru untuk melancarkan perjalanan persekolahan tahun depan...
Diam tak diam...hanya tinggal 3 hari sekolah akan bermula semula...Sebenarnya, semalam lagi dah bermula mesyuarat untuk Jawatankuasa Kurikulum Sekolah...tapi aku tak dapat hadir, kerana aku juga mengetuai suatu tugas lain ....yang wajib dilaksanakan segera....
 Sepatutnya jadual waktu ini, kami terima esuk. Tetapi kerana esuk diisytiharkan cuti sempena kemenangan bolasepak ,Malaysia menjadi juara AFF Sazuki.... jadi mesyuarat untuk esuk dibawa ke hari ini.....
Bahagia sungguh bila tengok jadual waktu aku ni....!!!!!  Hanya mengajar tingkatan 4 dan 5...dan hanya 13 waktu......( adalaa yang makan ati, bila tahu jadual waktu aku ni....) Ini kerana aku memegang tugas sebagai penyelaras Pusat Sumber..
 Tahun ini, puan Pengetua, menyediakan carta aliran kerja ni...Memang baik pun diadakan...
walaupun dah lama jadi cikgu, kadang-kadang ada tugas yang kita masih blurrr...apatah lagi guru-guru baru...
 Buku takwim yang canggih... tercantik pernah aku dapat sepanjang karier menjadi guru...
di dalamnyalah, senarai tugas, dan jawatankuasa yang diberikan kepada guru..Sekali lagi aku rasa happy...macam tak percaya pun ada....Beban tugas kian kurang...


Untuk tahun ini, aku masih dilantik menjadi guru penyelaras Pusat sumber dan Media....dan yang paling menggembirakan... ada beberapa perubahan dari segi jawatankuasanya... Ada setiausaha lagi...ehhehe

Inilah hikmahnya bila tak berkira kerja....Allah permudahkan semua urusan ...
Dan kawan yang menolak tugas ini dulu.... tahun ini masih berungut...banyak kerja yang diberi.....!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

wahhhh dahsyat laa! :D
apapun, good luck ya cikgu!
all the best in 2011!

hentian said...

1. dah masukkan url anda ke bloglist 2011 IM.

2. erksss.. guru pusat sumber? SRC....???