Pages

Followers

Wednesday, December 15, 2010

15 Disember 2010- Hari Jadi Faiz ke 13 tahun...

Hari ini usia anakku Faiz Bukhari genap 13 tahun....

Sebenarnya...Faiz nyaris dilahirkan 10 hari lebih awal...iaitu bersamaan dengan
harijadi aku ke 34 tahun.... gara-gara doktor pelatih yang bersama doktor pakar yang memeriksa aku hari tu, silap membuat pengiraan....

Tetapi alhamdullillah... bila aku admitted pada 4 disember 1997, Doktor yang akan melakukan pembedahan ke atas ku datang dan bertanya tentang tarikh sebenar aku datang period terakhir sebelum mengandung....( aku memang ingat sebab , period aku regular dan tetap selalu. Kalau berhenti ...maksudnya...aku dah mengandung...)
Dia segera buka fail aku dan check balik, dari awal pemeriksaan hingga aku dimasukkan pada 4 disember... Akhirnya dia datang dan bagi tahu, tarikh yang diberikan pada aku dah silap.... jadi dia mencadangkan kepada aku satu tarikh baru iaitu lebih kurang dua minggu selepas itu...

Jadi, aku diminta admitted balik pada 14hb Disember 1997....
Dan esuknya...pada 15hb Disember, 1997...aku dibawa ke bilik pembedahan di Hospital Besar, Ipoh... ( Hospital Bersalin, masa tu tengah renovation...) aku dibawa naik ambulan, dari Hospital Bersalin, ke Hospital Besar, Ipoh ( sekarang dikenali dengan nama Hospital Raja Permaisuri Bainun).... Suami dan emak mertuaku ada menemaniku, hingga naik ambulan. Mereka nampak risau.... almaklumlah aku nak dibedah... Tapi berbeza dengan aku...aku happy, sebab aku bakal melahirkan anak, walaupun dibedah... Lagipun ini pengalaman kedua aku dibedah selepas anak sulong aku Fakrur Razi yang mengalami fetal distress...

Rupanya pengalaman dibedah semasa melahirkan Fakrur Razi dengan Faiz Bukhari ...berbeza sama sekali.... Kerana kali ini aku dibedah dalam keadaan sedar..... Doktor bius menasihatkan aku dibius separuh badan dari pinggang ke kaki...Manakala, bahagian atas aku sedar.... kerana memandangkan saiz badan aku yang obessiti..
Bila tahu saja, aku akan dibedah dalam keadaan sedar..... barulah datang gabrah aku...
kecut perut aku dibuatnya...Jangankan nak dibedah, peralatan pembedahan pun serta bilik pembedahan pun dah terasa seram.......!!!!!!
( pembedahan ni...bukan macam bersunat tau...hehehhe )
Masa pisau di toreh ke perut...memang terasa...tapi tak terasa sakit....
rasa macam perut di goyang-goyang je....
Sepanjang pembedahan...doktor pakar bius melayan aku berbual...
macam-macam ditanya... Barangkali secara psikologi, untuk menghilangkan rasa stress aku...
Aku tak nampak apa yang berlaku, sebab kain ditentang, menutupi bahagian perut ku ....hehehe...kalau nampak, mahu pitam aku....nampak perut dibelah...!!!
Bila baby dah dapat dikeluarkan... doktor yang membedahkan, angkat dan tunjuk pada aku...
ooooo...sweet betul kenangan tu....

Aku ditahan sekejap selepas tu...sehingga keadaan badan aku semuanya normal...dan kemudian baru ditolakkan ke wad... Untuk hari itu, aku ditempatkan kat Hospital Besar... fuhhhh...punyalaa sesak... ( sebab renovation di hospital bersalin )
Masa bersalinkan Si Faiz ni... kalau aku tak silap...anak yang baru lahir di letak di sebelah si ibu, walaupun si ibu baru lepas pembedahan.....Jadi faham-faham ajelah....bertapa azabnya selepas itu... Dan ditakdirkan Allah...aku kena sakit batu meroyan...( sakit lepas bersalin..) sakit weiiii... tak tahu nak cakap... tapi kemudian doktor beri ubat penahan sakit...okaylaa sikit..

Cuma semalam tidor di hospital besar...kemudian dipindahkan ke hospital bersalin semula....
Bayangkanlaa...baru sehari lepas pembedahan dah kena naik ambulan balik....

Kalau ada yang tak tahu...beza sakit bersalin biasa dengan sakit bersalin pembedahan...
Bersalin biasa....sakit sebelum melahirkan...
Bersalin cara pembedahan ......sakitnya selepas pembedahan......
Sakittnya.....aduhhhh.....yang serik mungkin tak akan mengandung lagi.....

Anyway ....FAIZ BUKHARI....emak bangga dengan kamu...
Mulai hari ni...emak tak akan kata kamu anak kecil lagi...memang kamu dah kian besar...dan remaja....


3 comments:

Anonymous said...

Salam Pn Ros,

Itu sebab dikatakan Syurga di telapak kaki ibu ( Teringat pula tajuk lagu Eddy Silitongga tu). Memang susah melahirkan anak. Lebih susah untuk membesar dan mendidik anak. Tapi ada juga anak yang berani buang ibu bapa tengah jalan atau tinggalkan di rumah seri kenangan. Lebih malang sekarang ni ada yang saman mak bapa juga. Apa nak jadi tak taulah.

Untuk Faiz, Selamat hari lahir. Semoga tahun ini lebih diberkati.

Wassalam.

Mountain Climber

Anonymous said...

so sweet la cikgu... bila bayi keluar, memang sweet gila.... hehe

Anonymous said...

happy birthday to faiz~