Pages

Followers

Sunday, November 14, 2010

Minggu terakhir sekolah....

Diam tak diam...minggu depan adalah minggu terakhir persekolahan... Minggu-minggu terakhir ini biasanya, adalah minggu tersibuk bagi semua guru...Banyak benda nak dibereskan.

Bagi yang bukan guru mungkin menganggap, guru-guru sedang berhadapan dengan saat-saat seronok nak cuti... tapi sebenarnya tidak. Masa ini laa semua benda , laporan, minit mesyuarat..dan entah apa yang diminta...Yang pegang kelas, kena pastikan yuran dah settle..tak ada yang berhutang. Yang pegang buku stok kena menyemak stok.... Markah peperiksaan akhir tahun lagi....Laporan ko kurikulum...dan berbagai lagi.....

Kalau ketua panitia... rancangan pelajaran, rancangan strategik....dan serba maknika lagi...

Tapi kali ni, aku rasa releks pula...heheheheh kenapa yer...sebabnya aku pegang PUsat sumber... kerja-kerja aku dah buat sepanjang tahun...ada tak ada pun, aku nak kemas kini fail, laporan aktiviti tahunan...dan semak stok...dan ada kerja yang aku cadang nak buat masa budak exam ni...
Apa-apa pun...pada semua guru, selamat menghabiskan kerja-kerja anda...dan SELAMAT BERCUTI....( yang lain jangan jeles...)




3 comments:

uncle gedek said...

1) suka musim cuti sebab jalan kurang jem, 2) Tak suka sebab anak-anak suka jeling sebab nak habiskan peruntukan percutian diorang...

sekamar rindu said...

salam...

dah nak cuti mcm2 kena kursus..

sekamar rindu said...

salam...

dah nak cuti mcm2 kena kursus..