Pages

Followers

Wednesday, November 10, 2010

JODOH


(Pasangan yang paling sepadan di mata aku ...)

Aku suka betul tengok dia... ..Manis, genit, ayu., cantik.....memang aku berkenan dengan tingkah laku dia...baik, mesra dan berbudi bahasa.... Malah pernah aku kata kat dia.. kalau aku ada adik, memang aku ingin introduce kat dia....dia akan senyum meleret bila aku cakap macam ni..... Aku sebenarnya tak tahu dia ada boyfriend ke tidak.....tapi untuk pengetahun, dia masih single dan sudah berusia hampir 36 tahun.

Dalam persoalan jodoh... ini yang kadang-kadang aku tak faham....( rahsia-rahsia Allah, siapa pun tak akan faham...) Orang semanis dia pun masih belum bertemu jodoh.... Dia bukan seperti sesetengah gadis yang malu dengan lelaki, malah tidak juga begitu sosial.... Sedang-sedang baik untuk dibuat menantu... Yang aku tahu dia sekarang menjaga emaknya yang dah tua... ayah dah tak ada...
Sama juga macam seorang rakan aku...yang sampai sekarang masih sendiri. dulunya juga menjaga emak..Sekarang emak dah tak ada..dia masih sendiri.

Dan seorang lagi gadis ni juga belum bertemu jodoh....
Orangnya...di mata aku cantik..manis, ada ciri-ciri gadis melayu.
Bijak...malah dah ada Ijazah sarjana....
Taat, ibu bapa...sayang keluarga.....
taat perintah Allah...
Yang istemewa...pandai masak, lauk-pauk , kuih dan sebagainya...Masak untuk kenduri
pun boleh.....
Bermotivasi, bersemangat tinggi....
boleh menasihati orang lain dan memberi bimbingan pada orang lain..
Rajin...( kalau datang ke rumah terus ke dapur...)

Tapi tulaa..sayangnya, jodoh belum ada.....

Dulu sebelum kahwin, aku ingat, orang gemok ( masa tu montel je..) saja susah nak kahwin... tapi rupanya tidak... Jodoh seseorang.. akan bertemu dengan orangnya bila tiba masanya....bukan kerana sifat fizikal, kecantikan, kekayaan atau sebagainya...

Dan jodoh aku ditemukan oleh orang tua......


5 comments:

Unknown said...

SALAM,
LF DAPAT FAHAMI ISU YANG DIBICARAKAN DLM N3 INI. ALLAH SWT YANG BERKUASA. DIA YANG MENENTUKAN SEGALANYA. LF DOAKAN AGAR MEREKA DITEMUKAN JODOH DENGAN ORANG YANG BAIK2

Guru said...

salam perkenalan....

statistik ada menyatakan, semakin ramai yang susah mendapat jodoh adalah wanita2 yang cantik...

bertuah jugalah saya yang tak cantik ini

roslaini saad said...

LUAHFIKIRAN dan a KL CITISEN..salam dan terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini.

persoalan jodoh ni...memang kadang-kadang tak tercapai dek fikiran kita..apa-apa pun sama-samalah kita doakan semoga mereka ditemukan dengan jodoh yang terbaik...

uncle gedek said...

Jodoh = kerja tuhan

gadisBunga™ said...

salam....
saya suka entri ni.
sebab mmg terkena dgn batang hidung sendiri.
:)