Pages

Followers

Tuesday, November 9, 2010

Alhamdullillah...dia dengar nasihatku....

Dia bakal ibu ...tapi sejak mengandung, kesihatannya begitu merosot.. Mula-mula dulu tentunyalah, pening, loya, muntah seperti kebanyakkan ibu-ibu yang mengandung.... Nak makan pun susah...tak lalu dan tak ada selera.

Baru ni, kat Kantin sekolah..dia makan tengahari dengan aku. Kesian aku tengok dia...tapi kali ini bukan lagi kerana tak ada selera makan, atau loya pening.. tapi kali ni dia mengadu tangannya lenguh dan sakit. Keadaan dia hari tu, sampai tak boleh nak makan tangan kanan yang sakit . Terpaksa menggunakan tangan kiri untuk menyuap dengan sudu.. Wajahnya dulu yang ceria juga tak ada... nampak dalam kesakitan..Memang kesihan sungguh...

Melihat keadaan dia, aku cadangkan dia cari air penawar...dan juga nasihat dia banyakkan baca ayat kursi...( aku dulu pun ada pengalaman begini, lenguh-lenguh badan..sakit tangan...) Akhir sekali nasihat aku paling mudah....jumpa aje Darul Syifa'... mana tahu, orang mengandung ni..badannya lemah, 'makluk' satu ni pun suka orang yang badan lemah......

Sebenarnya aku dah lupa kisah dia ni... hinggalah tengahari tadi dia makan tengahari dengan aku....Melihat dia di meja makan, aku terus bertanya keadaan dia...dia memang nampak lebih ceria....
" Betul laa kak...lepas akak cakap hari tu, saya ajak suami pergi..." Kami pergi ke Darul Syifa'.....
"....Lepas cerita kat ustaz tu, dia tepuk-tepuk kat belakang saya...tiba-tiba saya terus menangis, tak pasal-pasal..... Ustaz tu bagi air untuk minum dan mandi...lepas mandi....baru terasa lega sangat...alhamdullillahhh...."

Yang makan satu meja, dengan aku masa tu terus terdiam dengar dia cerita.....Aku rasa bersyukur sangat sebab dia dengar nasihat aku... Bukan semua orang dapat terima pendapat atau pandangan begini...

Ramai yang tak percaya..sebab mereka tak pernah lalui dan pernah saksikan...perkara-perkara yang orang anggap tak masuk di akal. Aku berani bagi nasihat begini, kerana pernah melaluinya.Satu ketika dulu, aku sendiri tak jemu mencari orang yang pandai untuk mengubat suami yang sakit....tapi alhamdullillah...usaha aku berjaya juga akhirnya....

4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam.

Di Darul Syifa sentiasa penuh.

Adik pernah berubat cara yang sama di tempat untuk tujuan yang sama.

Alhamdulillah dia pulih sepenuhnya sekarang.

Harapnya wanita tersebut tidak mengganggu dia lagi..

roslaini saad said...

salam AZRINA..

memang betul..kat Darul Syifa sentiasa ramai orang..kena ambil nombor dulu..ada yang datang sesudah subuh..

Mak Su said...

saya percaya, dlm dunia kita ni ada byk benda misteri, dan kita kena sentiasa berwaspada

Acik Erna said...

salam ros..akak juga percaya..pernah menagalaminya..semuanya tu dengan izin allah jua..