Pages

Followers

Friday, August 27, 2010

Jumpa Kawan lama di facebook...

Hari ini aku temui seorang lagi kawan lama aku di ITM.. di facebook..

Seronok betul... bila aku nampak nama Faridah Hassan ....
Faridah adalah kawan sekelas aku selama 3 tahun dalam department Tekstil..1983-1986.1982 kami sama-sama Pre Dip.. tapi kelas berlainan.
Lepas Grad hubungan kami masih terjalin...walaupun masa tu aku bekerja di Kuala Lumpur dan Faridah di Kelantan..
Hubungan itu terus berkekalan, bila kami sama-sama diterima masuk Art Teachers diploma pada tahun 1990... Kami terus rapat kerana tinggal bersebelahan bilik masa di asrama Delima....

Lepas di posting ke Grik... aku dan Faridah masih berutus surat, bertanya kabar.... tapi lepas Faridah kahwin... hubungan kami terputus terus....dan kini hampir 19 tahun baru aku temui dia semula....

No comments: