Pages

Followers

Thursday, July 8, 2010

Perniagaan MLM...

Malam ni entah untuk kali keberapa aku mengikut kata hati berjumpa seorang kawan sama sekolah dan isterinya untuk mendengar tentang satu produk MLM.....Sebenarnya setahun dulu, dia dah pernah usha aku untuk join.... tapi modalnya besar betul... dan kebetulan masa tu....aku memang tak boleh buat pinjaman dah.... dah terlalu banyak hutang la tu.....
Namun nampaknya dia tak putus asa.... sejak semalam dia dah tanya aku, free ke tidak... nak ajak isterinya jumpa aku....Memang aku jarang nak menghampakan orang...jadi aku setuju.. Lagipun aku memang dah nampak hasil yang mereka usahakan dalam setahun lebih ni... dari kereta biasa , hari ni dah bawa estima.. Dan aku pi gatal mulut bawa sembang pasal kereta kat kantin semalam... dan dia dah dengar..Agaknya dalam hati dia dah cakap.... ada peluang aku ni...!!!!

Aku ni pulak... apa jenis Multi Level aku tak try.... sejak anak dara sampai dah ke umor 40an...ada yang aku join kerana malas nak layan, orang yang datang mencadangkan... ada juga aku join kerana aku nak guna produk... dan ada yang aku join kerana aku nak try...kot-kot boleh jadi kaya....hahahhahhaha!!!!!! Pernah juga aku join pakai kad kredit... bodoh betul laaa...isykkk... bukan apa, sebab malas nak layan kerenah orang yang datang tulaa... memang laa dapat produk..tapi hati sakit.. Last-last kawan tu tak buat bisnes MLM lagi...kata dia kawan-kawan semua lari....( mana tak lari....asyik dia datang suruh top-up beli barang..)
Yang paling sakit hati... bila aku datang nak jual barang kat dia... Dia buat tak layan je...OOO...time ko jual barang kat aku bukan main lagi.....time aku jual, nak ambil satu pun tidak...

Tapi bila di peringkat begini, baru aku nampak kelemahan aku... sebenarnya aku kurang keyakinan diri..dan cepat putus asa. Bila orang hentam saja , aku dah mula lemah semangat. ...Mula-mula memang bersemangat... tapi lepas tu... bila tak ada orang berminat mulalaa aku tawar hati....
Yang keduanya aku sedar, aku ni tak FOKUS.... Banyak dah motivasi aku dengar...nak berjaya kena Fokus... aku suka melompat-lompat dari satu produk ke satu produk...
Ada juga, bila aku dah semangat betul....Pemimpinnya hancur....pandai ajak , tapi tak boleh nak memimpin... mana nak boleh kita buat sendiri-sendiri..Ada juga... produk aku dah guna... dah berkesan... tapi tak ada ilmu diberi, macamna aku nak pasarkan...bodoh juga jadinya..

Sebenarnya join Multi level ni... macam orang politik juga...banyak janji manis.. dan impian yang indah-indah dibayangkan ...tunjuk pada kita tak jatuh... kereta mewah...rm 200 ribu paling koman...rumah banglo...percutian keluar negara...isykkk...meleleh juga tengok orang main salji...Tapi realitinya tak semudah yang dicakapkan....

Apa-apa pun malam ni... aku kalah lagi.. At last, aku terimalaa juga... esuk mereka nak pasang penapis air Bio Aura kat rumah aku... Selama ni pun memang aku tengah nak cari satu pun, tapi aku belum cakap nak pakej apa... nak jadi penguna ke, atau pengedar ke... atau nak jadi usahawan......Alahai... mampukah aku...!!!!

2 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ros..

kakcik pun sama macam Ros.. tak ada keyakinan. Kalau masuk pun, atas sebab yang sama juga macam Ros. Tapi sekarang cekalkan hati - buat pekak je! :)

fa*atip said...

Kami berdua, dari dulu, kini dan selamanya....tak suka MLM. Biarlah org lain tunjuk kereta, elaun, bonus. Sebab dah serik dengan `kemaruk' upline. Ada kawan Fa pun nak jual air Bio Aura, kita nak gi terawih, boleh dia paksa kita tunggu dia nak datang rumah! Sabor je le...