Pages

Followers

Monday, July 12, 2010

Nilai Persahabatan...

Berapa orang yang menghargai persahabatan...? Apatah kalau persahabatan itu terjalin sejak dari zaman sekolah membawa ke zaman remaja...? Berapa orang yang rindu untuk mengenang kembali keindahan zaman itu dengan rakan-rakan lama....??? Apatah lagi kalau zaman persekolahan itu telah mencecah hampir 30tahun...

Sebenarnya setiap kali balik ke Taiping mahupun melayari facebook... aku sering tercari-cari rakan-rakan zaman persekolahan aku dulu. Ke mana mereka pergi yer...??? Baik rakan sekolah rendah mahupun sekolah menengah , setakat ini yang aku tahu...Fauziah sahabat paling karib berkerja jadi pensyarah kanan di UTM sekudai... yang lain-lain aku tak tahu...

Baru ni, My suami dapat menghubungi beberapa rakan satu asrama dengannya di Taiping dulu melalui facebook... Sebenarnya sebelum ni pun dia dah bertemu dengan beberapa orang kawannya yang kebetulan saya kenal dengan aku sebagai guru seni... Malah seorang rakan sekolah dan asramanya adalah pelukis terkenal..

Aku kagum juga dengan semangat my suami nak mengumpulkan semula rakan-rakannya..
( nak buat reunion laa tu...) diam tak diam dekat 18 orang yang dapat dihubungi.....
Tapi niat baik ... ada juga yang tak boleh terima. Ada juga yang macam marah-marah...bila dihubungi... dan ada juga yang tak senang bila nama gelaran masa kat asrama dulu di guna pakai untuk mengingat semula...

Sebab tu aku pesan kat My suami... kita sekarang dalam aras yang berbeza... Ada yang dah jadi YB, ada yang dah jadi ketua jabatan.. ada yang dah berpangkat besar dalam pasukan keselamatan.... Ada yang dah jadi dato.... jangan ingat kita semua sama... macam zaman sekolah dulu...

Kebarangkalian.... ada yang tak mahu jumpa kita lagi... sebab kita bukan siapa-siapa... Lainlaa kalau VVIP.... ada harta banyak ke... jutawan ke... yang tak kenal pun akan mengaku kawan....

Okay.... siapa yang menghargai persahabatan saya ini... tolong angkat tangan.....
hehehhe....I LOVE YOU ALL.....!!!!

2 comments:

kakcikseroja said...

Angkat jari boleh? nak taip kat keyboard ni.. :)

aznimatisa said...

setuju!!!! (sambil angkat 2 2 tangan tinggi)