Pages

Followers

Tuesday, May 4, 2010

Tokoh nilam...

Semalam aku silap masuk rumah lagi...heheh rumah blog laa.. nak masuk rumah catatan peribadi dah termasuk rumah kerja seni.... www.beruscat.blogspot.com susah juga bila dah banyak rumah...heheheh ( kalau orang kawin dua tiga tu...pernah salah rumah tak...)

Semalam dan hari ni sebenarnya aku agak kelam kabut mencari calun untuk tokoh nilam sekolah aku.... Alhamdullillah tadi dah dapat laa sorang,...itupun jumlah buku dibaca tidaklah mencapai tahap maksimum..dalam lingkungan 224 buku sahaja... jadilah...asal ada penyelamat.. Pengetua pun dah pagi-pagi hari lagi bertanya aku tentang perkara ni...

Bila aku panggil pelajar ni, bertanyakan buku nilamnya...sekali lagi aku rasa nak pitam... bukunya ditinggal kat rumah..( pelajar asrama.) Aku segera minta kebenaran dari HEM untuk pergi mengambilnya dengan pelajar tersebut. ( pengetua, dah keluar mesyuarat..PK I cuti rehat)
Nasib baiklaa..rumahnya masih dalam kawasan Ipoh, kalau kata kat Kuala Kangsar ke..memang parah le aku...

Dipendekkan cerita aku pun ke rumah pelajar tersebut. Sekali lagi aku rasa nak demam...bila dia jenuh mencari buku nilamnya tak jumpa.... Dalam kepala aku dah mula fikir apa nak buat kalau tak jumpa buku nilam pelajar ni....Alhamdullillah akhirnya dia jumpa juga...legaaa....

Balik ke sekolah, aku mula mengisi borang penyertaannya serta tolong membantu dia memfotostas sijil-sijil akademik dan kelayakkan yang ada..,.Kemudian kembali ke Pusat Sumber, mencari satu dua bahan bacaan tambahan lagi...

Apa-apa pun aku berserah pada Allah je esuk...Hari ni memang menjadi pengajaran pada aku, supaya tak memandang mudah surat-surat yang diterima. Serta program-program yang memang dirancang oleh pihak PKG...kalau tidak beginilaa kelam-kabutnya aku....aduhh...

ooopppss...hari ni ada berita sensasi...
Kabarnya MB nak datang ke sekolah.... aduhhh....sibuk lagi laa jawabnya....

No comments: