Pages

Followers

Tuesday, March 30, 2010

Hadiah dari bekas pelajar....

Hari isnin yang lepas aku menerima kunjungan dari 3 orang bekas pelajar yang baru menerima keputusan SPM.. Yang mengejutkan aku salah seorang dari mereka datang dengan cenderahati ini untuk aku.....
Sebenarnya menjadi seorang guru, bukanlah kita mengharapkan balasan seperti ini...tapi bila ada pelajar memberi hadiah, hati kita akan begitu tersentuh.....Happy laa gitu...
Selama aku menjadi guru, memang banyak hadiah yang aku terima...Khususnya selepas dapat keputusan seperti baru-baru ni...( Bukan hari guru )
Aku masih ingat, salah satu hadiah yang paling menyentuh hati ialah hadiah jambangan bunga ros yang aku terima lebih kurang 10 tahun dulu...Aku tak pernah terima jambangan bunga pun seumur hidup dan bila tiba-tiba aku terima jambangan bunga ( bukan pada hari jadi pun..) bukan aku aje yang terperanjat...satu bilik guru kecoh....hehehhehe...
Bersama jambangan bunga disertakan sama brooch...yang cantik sekali.
Aku pernah juga menerima kain ( untuk dibuat baju) dari anak kawan aku, kerana membantu dalam projek batik untuk spm...dan ada juga beberapa hadiah yang lain yang aku sendiri dah lupa.. Hadiah-hadiah berupa benda makan ni memang biasa sangat....

Begini jadi seorang guru...kadang-kadang kita tak mahu apa-apa pun kecuali kejayaan pelajar itu sendiri dah mengembirakan...
tapi tak dinafikan...ada yang tak mengenang kita langsung...
jumpa pun langsung tak mahu tegur....

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Ros..

biasalah tu.. kita pun tak tahu apa yang ada dalam hati mereka.. mungkin mereka tak sukakan kita, walaupun rasanya kita (ceh.. macamlah kakcik ni cikgu pulak.. berkita-kita bagai..) hanya menjalankan tanggungjawab mendidik. Marah dan tegur bila buat salah bukankah perkara biasa? Tapi, memang ada yang sukar menerima teguran!

umi_e said...

Salam kak... memang seronok kalau diingati oleh pelajar... guru tidak mahu itu tapi pemberian ikhlas daripada pelajar pasti akan menyentuh rasa :)