Pages

Followers

Sunday, November 22, 2009

Tak de mood.....

Barangkali kerana awal pagi aku dah terkejut dengan kisah Hakim accident malam tadi...hari ni aku betul-betul hilang mood. Buat kerja semua sekerat jalan.....Menyapu sekerat jalan...mengemas tak habis...membasuh tak selesai...Tambahan dengan hari hujan..walau tak lebat tapi tak boleh nak jemor kain...Di tambah dengan letih perjalanan semalam, pergi tengok
Razi di Kepala Batas.. semuanya melengkap hari yang penuh kemalasan....


Pagi tadi entah camana aku tergerak hati membuka voicemail dalam handphone...kalau tidak apa pun aku tak perduli...dan suara yang memberitahu memeranjatkan...Anak puan accident ada di hospital...Aku jadi kelam-kabut mengejutkan suami yang masih tidor..
Memang dari malam tadi ,suami risau tak habis kerana Hakim tak balik..Perangai Hakim memang kadang-kadang menyakitkan jiwa...tidor rumah kawan diam-diam tak bagi tahu...keluar rumah tak tahu nak cakap. Semalam dalam perjalanan balik dari Kepala Batas, aku dah talipon kat rumah...pesan kat Hakim jangan keluar. Rupanya bila kami balik dia dah tak ada...kata Faiz, dia baru je keluar. Masa tu jam dah pukul 8. malam lebih...sampai pukul 11.00 malam Hakim tak balik lagi...suami dah bising-bising...( yang aku tak berkenan dia bising je...carinya tidak...) aku dah keletihan..jadi dah tak kuasa nak keluar cari...
Malam...dah tidor...aku dengar suami bersungut lagi...Hakim belum balik....dalam hatiku berkata..adalaa...mana-mana dia tido...Pernah sekali., dia balik lambat..pintu dah berkunci, rupanya dia tido di luar rumah...awal subuh bila aku bangun, baru aku buka pintu..
Dipendekkan cerita...aku talifon no yang menghantar voice mail kat aku...rupanya bapa kawan si Hakim..Katanya Hakim ada kat rumah dia..kelam-kabutlah si ayah.. ( dia memang selalunya lebih panik dari aku...)
Rupanya dia dan kawannya accident malam tadi..puncanya.....naik motorlaa..apa lagi dan aku tahu Hakim memang bawa motor laju..dah diingatkan banyak kali pun ....degillll.. untuk melengkapkan lagi...tak pakai topi keledar, tak ada lesen, dan motornya dah rosak lampu...ermmmm..memang kalau direpot kena teruk... ( road tax motor pun tak ada...)
Bila dibawa balik...Hakim masih mampu tersenyum dan ceria...geram betul aku...orang punyalaa susah hati...Kaki dah berbungkus..jalan jengkot..

Hari ini selesai satu bab...aku tak perlu risau lagi, Hakim tak keluar ke mana-mana...kerana kaki dah sakit...adalah hikmah di sebalik apa yang berlaku.... itupun bila ditanya menyesal ke tidak....Menyesal kerana tak boleh keluar rumah je....aduhhh geram betulll..

4 comments:

tolahah said...

Ada harapan jadi jutawan ni. Biasanya kalau perangai pelik2 masa remaja bila dah sedar nanti insyaAllah dia akan jadi lebih baik dari budak2 yang sedia baik.

Cuba hantar dia kat kem motivasi mana2 tengok. Mana tahu kelak terbuka hatinya. Hantar kat survival camp pun boleh jugak. Iklannya selalu ada kat Harakah. Latihan kat situ memang keras sikit. Rasanya memang sesuai untuk si Hakim ni.

Ibu n Abah said...

ros,
macam ni lah kalau anak2 dah besar2 kann.. semasa kecil (bawah umur lg...) kita kunci pintu, masing2 ikut duduk dalam rumah.. tapi bila dah besar..dah pandai berkawan... macam inilah gayanyer..
mudah2an hakim akan menjadi anak yang beriman dan berjaya...amin.

secangkir madu merah said...

shiannya hakim,, biarkan jadi satu pengajaran..dah sakit taulah dia lain kali tak buat lagi..budak2 skarng mmg tak mau dengar cakap..ketegaq kata org utara..
semoga hakim cepat sembuh..ibunya jgn susah hati ye..

roslaini saad said...

Saudara tolahah...terima kasih dengan pandangan saudara...memang niat nak hantar si Hakim mana-mana kem motivasi...tapi belum ada kesempatan...Nantilah..nak tengok-tengok juga yang sesuai untuk dia..
Ibu n Abah...
memang anak dah remaja ni cabaran memjaga mereka lebih rasanya dari mereka kanak-kanak...dulu si abangnya Razi, dah masuk asrama lega sikit..sekarang si Hakim pula...cabaran betul jadi emak ni..

Yatie,,
Memang Hakim ni ketegaq sikit..ni dah sakit kaki baru tahu duduk di rumah...heehe tulaaa..ada hikmahnya jadi macamni...