Pages

Followers

Monday, November 23, 2009

Aniversarry ke 18....




Hari ini ulangtahun ku yang ke 18....sebenarnya aku plan nak download gambar-gambar lama ( gambar perkahwinan..) tapi nampaknya tak jadilaa...macam-macam pulak jadi...
Suamiku hari ni kena pergi menyertai operasi.....tangkap penagih katanya kat satu tempat..jadi tak leh laa dinner sama-sama...( sebenarnya dah selalu dinner..hehehe)..Tapi yang lebih malang...hari ni dua kali keretaku pancit tayar.....aduhhh...aku pun tak tahu apasal.
Mula-mula aku sedari petang tadi....nasib dekat dengan tempat aku selalu baiki kereta..jadi aku terus ke sana. Malangnya...rim kereta bengkok sikit...jadi aku kena pakai tayar spare buat sementara....Ingat dah oklaa...
Tadi bila aku balik dari mengisi minyak , seseorang menegur katanya tayar keretaku kempis....aduh....bila diisikan angin tayar, baru perasan ada paku.....Mak ooi...tensionnya aku...
Ingat oklaa..ada van Rusa di rumah...puas cari kunci tak jumpa..entah mana pula suami simpan kunci.. dia yang bawa Van tu selama ni...Motor satu dah rosak kerana accident..dan satu lagi suami tinggal dekat pejabatnya...Alahhhhaiii....
Lebih menambahkan tension aku...esuk adalah giliran aku mengiring ketua pengawas ambik kertas soalan spm....
dan lebih membuat aku rasa nak menjerit....Handphone aku pula tak boleh nak buat call....sebab dah lambat bayar bill....telefon rumah tak boleh guna...
Tapi nasib baik...di saat-saat kebuntuan ini aku teringatkan Imah....suaminya ada sebuah kereta lagi yang ditinggalkan dirumah...dan aku pernah bawa kereta tu....
Alhamdullillah....setakat ni selamat laa aku buat sementara...aku tak ada pilihan lain...untung ada Imah...kalau kereta orang lain...memang aku takut juga nak pinjam...

5 comments:

FaAtip said...

kak ros,

terlambat sehari. Selamat menyambut ulangtahun yg ke 18. sama macam fa la ye!

x pe, dinner tu boleh postpone bila2, kan? semoga hubungan berpanjangan dan semakin berkasih sayang!

Kakcik Seroja said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam cikgu,
selamat ulangtahun ke18 :)
semoga cikgu dan suami berkekalan buat selama-lamanya..

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda selamat hari Ulang tahun perkahwinan!!

Kakcik Seroja said...

Salam Ros..

Happy anniversary.. semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat.
Macam tu lah.. kalau dah nak jadi hal kan? Bertimpa2.. kalau tak de iman di dada, mahu meraung dibuatnya!