Pages

Followers

Tuesday, October 13, 2009

Kanser Payudara...

Hari ini sebenarnya aku ada temujanji dengan pakar pemakanan di Hospital Raja Permaisuri Bainun...
Temujanji ni tak lain tak bukan... untuk melihat aku kurangkan berat badan....heheheh sepatutnya aku kena kurangkan sekurang-kurangnya 1 kg.... tapi apa yang berlaku dah lebih ...0.45 kg....

Aduiihhhh...... nak diet musim orang buat open house ni.....Apa yang pakar tu cakap aku yer kan aje....hehehe.... sebab benda biasalaa dia cakap bila nak kurus kan badan..

- kurangkan makan...
- kena exercise...
- kurangkan pengambilan lemak....
- lebihkan sayur dan buah-buahan.....

Tapi sebenarnya yang lebih menyentuh hati aku bila terpandang risallah di meja tempat aku menunggu giliran... risalah mengenai kanser payudara....
( Gambar ni tak pe kan.....hehehe tak ada seksinya bila dah sakit....)
Kerana malas nak salin dan baca..aku ambil kamera dan tangkap gambar-gambar apa yang aku nampak... dan kebetulan , perbuatan aku disedari oleh seorang pegawai hospital , jadi dia minta staffnya bagi kat aku beberapa lagi risallah mengenai kanser.....
So.... lepas ni aku akan menulis serba sedikit tentang kanser berpandukan bahan yang aku dapat dari hospital..... ok kan....kita kongsi maklumat...


Menurut bahan bercetak yang ku dapat dari hospital tu...
Kanser adalah berkaitan dengan sel di dalam badan kita.... Badan kita dibina dengan berjuta-juga unit yang dipanggil sel. Biasanya sel dalam badan akan mati kerana tambahan umur atau semasa kecederaan. Pada masa tu sel badan kita akan pecah dan membahagi sel-sel baru untuk mengganti dan mengimbangi sel yang hilang....
Biasanya badan kita membina sel yang mencukupi dan membina sel yang jenis yang sama..
Tetapi kadang kala sel badan membuat sel-sel baru tanpa henti kerana sebab yang tak dapat dijelaskan... Sel -sel tambahan ini yang tidak normal ini akan menjadi satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tumor nilah yang mengepit sel-sel sekitarnya dan juga mengambil makanan daripadanya. Dan tumor ini mungkin menjadi KANSER.....
( AKAN DISAMBUNG........ kalau panjang sangat boring nak baca....ok )

4 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ros,

terimakasih kerana berkongsi maklumat. Sebut pasal berat badan .. hmmmmmmm.. malas ah nak pikio! :)

aintsuperwoman said...

kak ros, nak kurus ni, mula2 sekali kena tanya..

nak ke tak nak? lepas tu
boleh ke tak boleh ? lepas tu
caranya? lepas tu

KITA pikir la sendiri !!! hehehe

Saya dah beberapa kali mencuba. Fa wajib kena turunkan 10 kg. Baru ideal. Setakat ni, belum mengalah lagi..... :)

Raihan said...

menakutkan la kanser ni kak ros... mak sedara raihan pun meninggal sebab kanser.. minta2 la dijauhkan..

armouris said...

info tentang kanser payudara kat sini - Pengesanan Awal Kanser Payudara.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.