Pages

Followers

Monday, August 17, 2009

..Begitulah adanya...

Hari ini suami ku mula melapor diri di AADK daerah Kinta...Alhamdullillah. Sekurang-kurangnya setelah sekian lama berulang-alik ke Perlop, Lasah, Sungai Siput ( lebih kurang 1 jam 15 minit dari rumah ), sekarang dia tak perlu lagi keluar awal pagi lagi untuk ke tempat kerja...Yang lebih penting dia tak perlu lagi menempuh jalan-jalan yang sunyi , lengang dan membahaya ( termasuk bertembung binatang buas )...
Hari ini juga impian aku untuk memohon menjadi pensyarah Uitm juga dah aku padamkan...bukan apa kerana aku baru tahu, guru-guru yang dapat menjadi pensyarah universiti perlu meletak jawatan sebagai guru biasa..dan yang merugikan, kita akan hilang senioriti dalam perkhidmatan...dan akan menjejaskan pencen dan lain-lain....Kalau aku guru muda lainlah....Tak terasa sangat kerugiannya.... Anyway, tak mengapalah...menjadi guru pun bukanlah satu perkerjaan yang tak menyeronokkan...Siapa tahu sikit hari lagi, kerajaan akan menghargai guru-guru yang ada sarjana seperti aku...

No comments: