Pages

Followers

Thursday, August 6, 2009

ALHAMDULLILLAH.....SYUKUR..


Alhamdullillah....Itu lah perkataan yang ingin ku ucapkan. Pertama kerana kesihatan anak-anakku bertambah baik...aku juga bertambah sihat. Kecik dah ke sekolah semula. Dia pun begitu ceria hari ini. Razi pun bertambah sihat..cuma kami tak dapat menghantarnya balik lagi. Ayahnya kata..hujung minggu ni saja...aku ikut aje. Aku pun dah rasa sihat betul hari ini...lagipun sehari dua ini aku hentikan diet makan nasi aku dulu...untuk tambah tenaga. Biar sihat betull...
Alhamdullillah kedua, kerana suami ku dah disahkan naik ke gred S32...Syukur Allah murahkan rezeki kami...Walaupun baru 10 tahun dalam jabatan kerajaan...dia dah dinaikkan gred. Bagi aku ini satu pencapaian yang baik, berbanding aku yang sudah 18 tahun berkhidmat baru dinaikkan gred.
Sebenarnya, kalau dikenangkan 10 tahun yang lalu ( 1997-1998) suami ku berhenti kerja dengan tiba-tiba dari majikannya yang lama( syarikat telekomunikasi terkenal)...tak siapa menyangka dia akan dapat berkerja semula sebagai kakitangan kerajaan. Keperitan semasa dia berhenti kerja, hanya aku dan Allah sahaja yang tahu...semua kawan seolah-olah melarikan diri. Saudara mara, adik-beradik hanya menyalahkan suami tak berfikir panjang...Aku sebenarnya berfikiran positif masa itu. Aku percaya rezeki dari Allah...cuma kadang-kala aku tewas juga bila begitu tertekan...Alhamdullillah, bapak dan mak mertuaku banyak membantu..Begitu juga emak dan abah...
Keadaan yang merumitkan sebenarnya, kerana waktu itu suamiku sakit...Aku masih ingat, hampir semua buah cempedak yang bapak mertuaku hantar untuk dijual busuk, gara-gara suamiku hanya mengurungkan diri dalam rumah.Anak-anak yang masih kecil, rumah dan segala hal terpaksa aku urus...kerana suami ku sendiri seolah-olah terperangkap dalam suatu keadaan yang sukar nak diterangkan...
Alhamdullillah...segala usaha, segala doa dan tawakal telah Allah tunjukkan jalan....Memang benarlah janji Allah setiap yang sabar yang dijanjikan kemenangan di hujungnya...dan aku dah dapat rasa kemenangan itu....
AMIN.....

2 comments:

secangkir madu merah said...

semoga diri mu dalam keadaan sehat walafiat disamping keluarga tersayang...

JOM BUAT DUIT.. said...

terima kasih...doa kawan-kawan sering menjadi kekuatan.